Tuesday 19 January 2016

Solat : Solat di dalam kenderaan dan solat hormat waktu

 Assalamualaikum WBT

Tajuk Besar : SOLAT
Tajuk kecil : Solat didalam kenderaan dan solat hormati waktu
Tempat : Usrah Muslimah Solehah
Masa : 9.00 malam
Oleh :  Ukhti Fazarina (Founder UMS)

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Bersyukur kita ke hadrat Illahi dapat berkumpul sama sama malam ni untuk membincangkan satu usrah .

SOLAT DALAM KENDERAAN 

Seseorang yang sedang bermusafir dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat solat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti.
Demikian juga jika kita sukar untuk mendapatkan air wuduk, kita boleh menunaikan solat tanpa wuduk tetapi solat tersebut hanya dikira sebagai menghormati waktu dan WAJIB di qada' kemudiannya.
Jika ianya solat sunat tidak perlu mengqada'nya. Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan setelah cukup syarat-syaratnya.

PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN

1. Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan
     
2. Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.
     
3. Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram
     
4. Bacaan surah dalam solat adalah sama sepertu solat biasa
 
5. Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut.
     
6. Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk.
     
7. Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal sepeertu biasa dengan duduk di kerusi kenderaan.
     
8. Kita tidak perlu mengubah tempat duduk untuk membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering bertukat arah

APAKAH SOLAT MENGHORMATI WAKTU??

Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat.  
Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali. Kita juga boleh mengqada' solat solat hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir. 
Apabila kita telah kembali ketempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada' secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun bagi megqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah. 
Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa.

SOLAT HORMAT WAKTU

Suatu tanggapan umum di dalam masyarakat ini ialah: jika seseorang itu tidak dapat melaksanakan solat dalam bentuk yang biasa diamalkan, dia hendaklah melakukan ‘solat hormat waktu’. Antara situasi yang memerlukan perkara itu seperti tidak dapat ‘menyempurnakan wuduk’ lantaran tangan atau kaki atau mana-mana anggota wuduk tidak boleh dibasuh seperti biasa atau berada di dalam kapal terbang atau seumpamanya. Apabila keadaan itu sudah pulih, wajib ke atas orang yang ‘solat hormat waktu’ itu mengqada’ kembali solat tersebut.

Para sahabah di zaman nabi S.A.W. A’isyah r.a menceritakan :
Terjemahan : 

«Bahawasanya beliau telah meminjam daripada Asma’ seutas rantai, lalu ia hilang. Maka Rasulullah S.A.W menghantar beberapa orang sahabat baginda untuk mencarinya. Lalu tiba waktu solat, dan merekapun solat tanpa wuduk. Apabila mereka mendatangi nabi S.A.W, mereka mengadu hal tersebut, lalu turunlah ayat Tayammum. 
Al-Hafiz Al-Iraqi menyatakan bahawa ada empat pendapat dari Al-Syafi‘i berhubung solat tanpa taharah. Pendapat yang paling sahih di sisi ulama mazhab (Al-Syafi‘i) ialah:
wajib solat kerana menghormati waktu dan wajib mengulanginya jika mampu salah satu daripadanya (wuduk atau tayammum). 

Pendapat yang keempat ialah: wajib solat dan tidak wajib mengulanginya. Ini adalah pilihan Al-Muzani, kata Abu Thaur : 

inilah yang menepati qiyas dan ia disebut oleh Ibn ‘Abd Al-Barr daripada sebilangan fuqaha’. Kata Al-Nawawi : 

sesungguhnya ia pendapat yang paling kuat dalil dan pendapat ini dikukuhkan oleh hadith ini iaitu mereka (para sahabah) solat tanpa wuduk sebelum turun ayat tayammum, dan tidak dinukilkan bahawa nabi S.A.W mengarahkan mereka untuk mengulanginya.

Wallahualam bissawab

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Moga Allah redha.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wallahua'lam. Berakhir sudah perkongsian untuk kali ini.

Semoga Allah SWT melimpahkan hidayah dan taufikNya bagi kita yang mendapat ilmu baru yang kita telah perolehi.

In shaa Allah.

Dipersilakan berkongsi namun sebarang EDITING dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan TIDAK MENGUBAH atau MEMBUANG mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages FB : Usrah Muslimah Solehah - https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah

Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang