Friday, 29 July 2016

Jom baca surah Al Kahfi 2

Jom Baca Surah Al Kahfi 2


Assalamualaikum wbt 

Alhamdulillah yeay jumaat tiba lagi ..

Masa untuk hafal ayat kedua al Kahfi tapi sebelum tu nak tanya ayat pertama dah hafal ??

Dah??
Tahniah ‼️
Belum ⁉️
Jangan tangguh!!Ajal tak tahu bila, baik mula membaca sekarang,bila lagi nak tambah pahala .
Ok ok ok..

Hari ni nak mulakan ayat kedua !
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Ayat 2



Arab :


قَيِّمًا لِيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِنْ لَدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

Rumi :
Qay yi man li yun zi ra ba' sans sha dee dam mil la dun hu wa yu bash shi ral mu' mi nii nal laza yi na yak la malu nas soo li haa ti an na la hum aj ran kha sana

Terjemahan :
Sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan akan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal saleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik.

Apa ni ?

tak faham la ??

Ala relaks jangan kecoh lagi.

Maksudnya adalah:

قَيِّمًا

Quran itu teguh maknanya; Lurus cara penyampaiannya. Perkataan "Qoyyiman" itu bermaksud sesuatu yang berdiri tegak. Ianya terus berdiri tegak membawa manusia kearah jalan yang lurus. Quran itu tidak dapat diubah. Ia akan tetap memberikan peringatan kepada manusia. Ini adalah bandingan dengan kitab-kitab lain sebelum Quran. Kitab-kitab itu telah diubah oleh pemuka-pemuka agama sebelum Islam. Oleh kerana ianya telah diubah, maka penganut-penganutnya telah jatuh sesat. Quran akan tetap berdiri tegak, dari dahulu sampailah ke akhir zaman.
Tentu kita ingat dalam solat kita setiap hari, kita akan berdoa kepada Allah supaya menunjukkan kita ‘siraatal mustaqim’. Maka, dalam ayat ini, diberitahu kepada kita bahawa untuk mendapat jalan yang lurus adalah melalui Quran.

لِيُنْذِرَ

Supaya Nabi memberi ancaman; ancaman apakah yang dimaksudkan?

بَأْسًا شَدِيدًا

Ancaman azab yang pedihbagi sesiapa yang tolak tauhid. Iaitu mereka yang tolak pengesaan kepada Allah taala. Dan bagi mereka yang tidak mengambil peringatan dari Quran. Tidak mengendahkan langsung apa yang hendak disampaikan oleh Allah. Kepada mereka, akan diberikan azab yang amat pedih. Itu adalah balasan di akhirat kelak.
Ada satu lagi maksud lain. Perkataan بَأْسًا bermaksud kesusahan dan kepayahan. Samada dari segi ekonomi atau sosial. Dalam keadaan yang berat, ia boleh juga melibatkan peperangan. Apabila ada peperangan, macam-macam kepayahan akan dirasai oleh manusia. Ulama berpendapat ianya adalah kepayahan yang timbul dari fitnah Dajjal dan kesiksaan yang timbul darinya.
Allah tambah lagi perkataan شَدِيدًا dalam ayat ini, menambahkan lagi kehebatan dugaan itu. Ini bukan dugaan yang main-main.

مِنْ لَدُنْهُ

Daripada sisiNya; Di Mahsyar nanti. Dari sisiNya itu bermakna tidak ada yang dapat memberi siksaan seperti siksaanNya dan tidak ada pula yang boleh mengikat seperti ikatanNya.
Allah menggunakan perkataan لَدُنْهُ dalam ayat ini. Ada perkataan yang hampir sama – عند (inda). Dua-dua bermaksud ‘disisi’. Tapi perkataan لَدُنْهُ lebih kuat lagi. Kerana kalau kita gunakan perkataan عند, ia bermaksud seseorang itu ada sesuatu, tapi tidak semestinya dia ada benda itu bersamanya sekarang. Tapi kalau perkataan لَدُنْ digunakan, ia bermaksud seseorang itu ada sesuatu itu dan sedang ada bersamanya. Ini bermaksud, fitnah Dajjal itu pasti akan terjadi. Ianya tidak dapat dielakkan lagi. Kerana ianya adalah dari sisi Allah taala.
Berita tentang fitnah Dajjal ini diberikan kepada semua manusia, bukan kepada orang Islam sahaja.

وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ

Dan akan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman sempurna; orang mukmin adalah orang yang tidak buat syirik kepada Allah. Atau kalau dia pernah buat tanpa sengaja kerana dia tidak belajar lagi, dia telah bertaubat. Kerana banyak orang telah buat syirik kerana mereka tidak belajar. Mereka tidak tahu pun bahawa apa yang mereka lakukan selama itu adalah syirik. Mereka sangka dulu apa yang mereka buat itu adalah dari ajaran Islam, tapi sebenarnya tidak. Dan apabila kita membawakan dalil-dalil yang sahih dari Quran, mereka terima dengan rela hati. Mereka yang beriman adalah mereka yang beriman dengan ajaran dari Quran.

الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ

Iaitu orang orang yang melakukan amal soleh;

Orang yang beriman dalam hatinya, akan mudah untuk melakukan amal-amal yang soleh. Kerana mereka tahu bahawa iman bukan hanya dalam hati sahaja, tapi akan dizahirkan dalam amal perbuatannya.

Amal soleh adalah amal ibadat yang dibuat mengikut sunnah Nabi atau Quran. Amal selain dari itu akan ditolak. Iaitu amal-amal yang tidak ada dalil yang sahih. Amalan sebegini tidak diterima. Inilah yang dinamakan bidaah. Iaitu amalan baru yang tidak ada diajar oleh Nabi Muhammad. Sekarang banyak amalan yang sebegitu. Tidak tahu dari mana asalnya. Kalau ada yang kata Allah akan beri pahala tanpa mereka membawakan bukti dari Quran atau Sunnah, itu adalah dusta kepada Allah.

Orang-orang yang amalkan bidaah sebenarnya adalah pendusta atas nama Allah. Kerana dia kata amalan itu boleh dapat pahala padahal Allah dan Nabi tak pernah cakap. Dan dia sebenarnya telah buat syariat sendiri. Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa amalan bidaah adalah mereka yang mengambil tugas Nabi. Sepatutnya amalan syariat disampaikan oleh Nabi sahaja, tapi mereka telah ambil tugas Nabi dan buat syariat sendiri. Sesiapa yang buat syariat sendiri, dia akan masuk neraka tak keluar-keluar sampai bila-bila.

Lihatlah perkataan yang digunakan oleh Allah: orang beriman yang beramal soleh. Selalunya, Allah menyebut orang beriman sahaja. Tapi dalam ayat ini, tidak cukup dengan hanya beriman sahaja. Orang itu mestilah juga beramal soleh. Ini adalah kerana dugaan yang akan diberikan kepada manusia itu adalah amat berat, sampaikan kalau hanya beriman sahaja tidak cukup – kena beramal soleh juga.

أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

Bagi mereka pahala yang baik; Iaitu kepada yang beriman dan mengamalkan amalan yang soleh, yang datang dari Nabi, mereka akan mendapat balasan syurga. Tidak jelas bahawa balasan yang diberikan itu adalah balasan di akhirat. Kerana ayat yang digunakan adalah ‘pahala yang baik’. Tapi dalam ayat yang seterusnya, Allah menyebut bahawa mereka yang mendapat balasan itu akan kekal ‘selamanya’. Oleh itu, tempat yang kekal itu hanya di syurga. Jadi, dari sini kita boleh faham bahawa balasan yang dimaksudkan adalah balasan di akhirat kelak.
Mereka akan mendapat balasan itu di akhirat kelak. Bukanlah ianya menidakkan mereka akan mendapat balasan juga di dunia. Kerana, Allah boleh memberi balasan yang baik semasa di dunia lagi. Kerana orang yang ada iman dalam hatinya, akan berasa tenang sahaja. Mereka tidak ada kerisauan dalam dunia ini kalau mereka berharap hanya kepada Allah.
Tapi, yang pasti seseorang yang beriman dan beramal soleh, pasti akan dapat balasan baik itu di akhirat kelak. Balasan di dunia, belum tentu lagi. Kerana kadang-kadang semasa kita di dunia, banyak halangan dan dugaan yang kita kena hadapi. Oleh itu, kita jangan berharap sangat akan dapat balasan di dunia. Dan jangan kita sedih kalau kita tidak dapat balasan di dunia. Kerana tidak semestinya Allah akan balas balasan baik itu di dunia.
Balasan yang baik itu hanya kepada orang mukmin yang beramal ibadat yang soleh sahaja. 
Ayat kedua ni berkait dengan ayat pertama.
Siapa yang hafal terjemahan ayat pertama mesti faham.

Tu laaa sapa suruh tak hafal.

Haaa menyesal kan
Pergi baca balik maksud terjemaah ayat pertama Sekarang

Jangan nangis..masih ada masa.. kring...kring...

Jom hafal sekarang!!

Masih belum terlambat 

Pesanan ciked buat yang rasa bacaan ni tak penting 

☺ ingat ya sayang kita umat Muhammad SAW. 

Ertinya lepas ni dah tak ada Nabi lain ertinya kita umat yang terakhir ertinya kiamat makin dekat 

 bila kiamat makin dekat,apa yang lagi hampir

Dajjal ‼️

Jadi korang semua pilih nak jadi pengikut dia atau orang beriman!

Malas tu simpan untuk perbuatan maksiat. Rajin tu buat untuk ibadat.

Ayuh. bangkitlah‼️

*****************************************************************


Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :






Wechat : Usrahmuslimahsolehah



Instagram : usrahmuslimahsolehah






Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)








Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

Wednesday, 27 July 2016

Follow Usrah Muslimah Solehah

******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah

Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

Fiqh Wanita : istihadah

 Assalamualaikum WBT 

Tajuk Besar: FIQH WANITA
Tajuk kecil: Istihadah
Tempat: Group Whatsapp
Masa: 9.15 malam
Naqibah: Ukhti Fazarina (Founder UMS)

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Bersyukur kita ke hadrat Illahi dapat berkumpul sama sama malam ni untuk membincangkan satu tajuk iaitu Istihadah.

Semua dah ready???Alhamdulillah..Baiklah kita mulakan ye..


Minggu lepas kita dah tahu mengenai darah haid. Minggu ini kita teruskan perkongsian kita dengan darah istihadah.


Mungkin ramai yang dah tahu mengenai darah istihadah ini kan..yang belum tahu boleh terus fokus membaca ye..


Apa maksud darah istihadhah


Darah istihadhah ➡️ darah yang keluar bukan pada masa haid dan juga nifas. 


Darah istihadhah merangkumi :

a) Darah yang keluar sebelum umur kemungkinan haid iaitu sembilan tahun mengikut jumhur ulamak.b) Darah yang keluar kurang dari tempoh minima haid iaitu sehari semalam mengikut mazhab Syafi’ie.c) Darah yang keluar melebihi tempoh maksima haid atau melebihi tempoh kebiasaan haid.d) Darah yang melebihi tempoh maksima nifas.e) Darah yang keluar dari wanita yang hamil mengikut pandangan jumhur ulamak selain mazhab Syafi’ie.f) Darah yang keluar melebihi umur putus haid

Darah istihadhah tidak turun dari rahim sebagaimana darah haid atau nifas, akan tetapi keluar dari urat yang dipanggil al-‘Azil. 


Sifat darah istihadhah menurut mazhab Syafi’ie 
➡️ adalah cair dan berwarna merah terang (antara merah dan kuning).

Apa caranya untuk membezakan antara darah haid dan darah istihadhah jika seorang wanita menghadapi masalah keluar darah yang berterusan atau melebihi tempoh kebiasaan haid..


Hah!!korang tahu tak cara nak membezakan darah haid & darah istihadah ni.


Berdasarkan hadis Nabi s.a.w., ada tiga kaedah untuk ia membezakannya:

1. Dengan merujuk kepada kebiasaan haidnya yang lalu.



Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. kepada Wanita yang istihadhah pertamanya hendaklah merujuk kepada kebiasaan haidnya (yakni darah-darah yang keluar pada hari-hari kebiasaan haid adalah darah haid dan adapun yang keluar pada hari berikutnya adalah istihadhah). 
Ini berpandukan hadis dari ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Fatimah binti Abi Hubaisyh r.a telah mengadu kepada Nabi s.a.w.; ‘Sesungguhnya aku kedatangan haid tanpa putus-putus. Apakah aku perlu meninggalkan solat?” Nabi s.a.w. menjawab; ‘Tidak. Sesungguhnya itu adalah darah dari urat, bukan darah haid. (Oleh demikian, janganlah kamu tinggalkan solat pada keseluruhan hari datangnya darah itu), akan tetapi kamu tinggalkan solat hanya pada hari-hari kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).
Jadi, seorang wanita semasa menghadapi masalah tersebut, jika ia mengingati tempoh kebiasaan haidnya, hendaklah ia mengira bilangan hari haidnya mengikut tempoh kebiasaan tersebut dan darah yang keluar selepas tempoh itu dikira sebagai darah istihadhah dan ia tertakluk dengan hukum wanita istihadhah (bukan wanita haid atau nifas). 
Contohnya : jika ia biasa kedatangan haid selama tujuh hari, maka hendaklah ia menetapkan tempoh haidnya selama tujuh hari dan darah yang masih keluar selepas tujuh hari itu dikira istihadhah.


2. Dengan melihat kepada perbezaan darah.



Jika seorang wanita tidak mempunyai kebiasaan haid (kerana baru kedatangan haid atau melupai kebiasaan haidnya), hendaklah dirujuk kepada perbezaan darah. 
Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; Fatimah binti Abi Hubaiysh r.a. menghadapi istihadhah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya; “Sesungguhnya darah haid adalah darah berwarna hitam yang dikenali (yakni ia mempunyai bau yang dikenali oleh kaum wanita). Oleh demikian, jika kamu melihat darah sedemikian, hendaklah kamu menahan diri dari menunaikan solat. Tetapi jika kamu melihat darah berwarna lain, maka ambillah wudhuk dan kerjakanlah solat”. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Hibban dan al-Hakim. Berkata al-Albani; hadis ini hasan soheh).
Hadis di atas menjadi dalil bahawa diambil kira perbezaan sifat darah di mana jika bersifat dengan warna hitam, maka ia adalah haid dan jika tidak, maka ia adalah istihadhah.


Setakat ini semua faham x??? kalau tak faham boleh tanya sekarang sebelum kita meneruskan perkongsian kita.. in shaa Allah..


3. Dengan merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita.



Sekiranya seorang wanita tidak mengetahui kebiasaan haidnya dan begitu juga ia tidak dapat membezakan darah dengan melihat sifat-sifatnya (yakni warna darah yang keluar adalah sekata), maka ketika itu ia hendaklah merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita iaitu enam atau tujuh hari. 
Ini berdasarkan hadis dari Hamnah binti Jahsyi r.a. yang menceritakan; Aku telah kedatangan haid yang banyak dan kuat. Lalu aku datang kepada Nabi s.a.w. untuk meminta fatwa dari baginda. Lalu baginda bersabda; Sesungguhnya ia (bukanlah haid, tetapi) satu tindakan jahat dari Syaitan (hingga menyebabkan kamu lupa kebiasaan haid kamu). Oleh demikian, tetapkanlah tempoh haid kamu enam atau tujuh hari sahaja, kemudian mandilah.. (Riwayat Abu Dad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah. Menurut al-Albani; hadis hasan).


Apakah kedudukan wanita yang menghadapi darah istihadhah pada hukum Syarak



Mereka adalah seperti wanita yang suci kerana darah yang keluar dari faraj mereka tidak dianggap oleh Syarak sebagai darah haid, tetapi darah penyakit atau istihadhah. Kerana itu, mereka wajib menunaikan solat dan berpuasa serta diharuskan bagi mereka perkara-perkara yang dilarang ke atas wanita yang haid (yakni tawaf, sujud, membaca al-Quran, I’tikaf, bersetubuh dengan suami dan sebagainya).
Oleh demikian, wanita Istihadhah wajib mandi apabila menyedari bahawa hari-hari haidnya telah tamat sekalipun darah masih keluar dari kemaluannya (yakni darah istihadhah). Hukum ini telah menjadi ijmak ulamak berdalilkan arahan Rasulullah s.a.w. kepada Fatimah binti Abi Hubaiysh r.a. (yang menghadapi masalah istihadhah); “…..tinggalkan solat hanya pada hari-hari kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat”.


Bagaimana cara wanita yang menghadapi masalah istihadhah mengambil wudhuk? Adakah terdapat perbezaan dengan wanita suci lain yang tidak menghadapi masalah istihadhah

Ya!!ada perbezaan. Wanita yang mengalamai masalah istihadhah walaupun menyamai hukum wanita yang suci secara amnya sebagaimana dinyatakan tadi, namun ada sedikit perbezaan antaranya dengan wanita suci yang lain memandangkan darah masih keluar dari farajnya. 


Perbezaan itu ialah:

1. Wanita yang mengalami masalah istihadhah, ia hendaklah menunggu masuk waktu barulah mengambil wudhuk jika ingin mengerjakan solat fardhu atau solat sunat yang berwaktu. 
Tidak harus ia mengambil wudhuk sebelum masuknya waktu kerana wudhuknya hanyalah wudhuk darurat dan sesuatu yang dilakukan kerana darurat hendaklah dilakukan apabila tiba waktunya.


2. Menurut mazhab Syafi’ie; satu wudhuk hanya untuk satu solat fardhu sahaja. Jika ia ingin mengerjakan berbilang-bilang solat fardhu (seperti solat qadha, nazar atau menjamakkan) ia wajib mengulangi wudhuknya. Adapun solat-solat sunat, harus ia mengerjakan seberapa banyak solat sunat yang diingini dengan satu wudhuk. 



3. Sebelum mengambil wudhuk ia hendaklah membasuh kemaluannya dengan sempurna, kemudian membalutnya dengan kain atau sebagainya sekadar yang termampu (untuk membendung darah dari keluar sekadar terdaya). Setelah itu, hendaklah ia segera mengambil wudhuk.



4. Ketika mengambil wudhuk hendaklah ia berniat untuk mengharuskan solat, bacaan al-Quran atau ibadah-ibadah lain yang mensyaratkan wudhuk. 
Contohnya : ia meniatkan di dalam hati; “Sahaja aku mengambil wudhuk untuk solat kerana Allah Taala”. Tidak harus semasa mengambil wudhuk ia berniat untuk mengangkat hadas kerana hadasnya tidak akan terangkat selama darah sentiasa mengalir keluar dari kemaluannya kerana perkara tersebut membatalkan wudhuk.



5. Setelah selesai wudhuk hendaklah ia segera menunaikan solat tanpa menangguh lagi.



6. Sebahagian ulamak mengharuskan wanita yang menghadapi masalah istiadhah menjamakkan dua solat dengan sekali wudhuk iaitu menjamakkan zohor dan asar atau maghrib dan isyak. Ini kerana Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh Hamnah binti Jahsyi r.a. yang mengalami masalah istihadhah menjamakkan dua solatnya dengan sekali mandi sebagaimana baginda pernah menyuruh Sahlah binti Sahal r.a. berbuat yang sama.


Adakah wanita istihadhah harus disetubuhi suaminya


Berlaku khilaf di kalangan ulamak:



1. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie); harus bagi suaminya mensetubuhinya sekalipun darah sedang keluar dari kemaluannya. 
2. Menurut Imam an-Nakha’ie dan al-Hakam; dilarang mensetubuhinya kerana diriwayatkan dari Saidatina ‘Aisyah r.a. bahawa beliau menegah suami mensetubuhi isterinya yang istihadhah. 
3. Imam Ibnu Sirin memakruhkannya. 
4. Berkata Imam Ahmad; Tidak harus mensetubuhinya kecuali jika terlalu lama istihadhahnya. Dalam satu riwayat yang lain darinya; Tidak harus kecuali jika ditakuti suaminya akan berbuat dosa (zina dan sebagainya).


Alhamdulillah, setakat ini sahaja perkongsian kita mengenai Darah Istihadah. Untuk tajuk seterusnya, kita akan sambung pada minggu hadapan. Semoga apa yang dikongsikan pada hari ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada anda semua. In shaa Allah.


Wallahualam bissawab

Moga Allah redha.

Berakhir sudah perkongsian untuk kali ini.

Semoga Allah SWT melimpahkan hidayah dan taufikNya bagi kita yang mendapat ilmu baru yang kita telah perolehi.

In shaa Allah.

Dipersilakan berkongsi namun sebarang EDITING dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan TIDAK MENGUBAH atau MEMBUANG mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah

Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

Monday, 25 July 2016

Solat : apa itu solat? (Bahagian 2)

 Assalamualaikum WBT 

Tajuk Besar: SOLAT
Tajuk kecil: Apa itu Solat?? (Bahagian 1)
Tempat: Group Whatsapp
Masa: 9.15 malam
Naqibah: Ukhti Fazarina (Founder UMS)

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Bersyukur kita ke hadrat Illahi dapat berkumpul sama sama malam ni untuk membincangkan satu tajuk iaitu Apa itu solat?(Bahagian 2)

Semua dah ready ke???

In shaa Allah kita akan sambung semula perkongsian kita pada malam ini berkaitan Apa itu Solat?

Hubung kait pengertian solat syarak dan solat makrifat


Di dalam pengertian syarak ➡️ ia lebih menerangkan perihal kaedah atau cara perlakuan solat dari zahir kepada batin.


Pengertian ariffbillah ➡️ lebih tertumpu kepada perhubungan dari batin kepada diri batin.

Tetapi kedua-duanya bermatlamat menuju kepada tujuan yang sama iaitu, Allah.


Syarak atau syariat ➡️ bermakna peraturan, hukum atau undang-undang.

Peraturan itu untuk manusia yang bertubuh berjasad yang bersifat zahir ini. Justeru itu pentakrifan syariat itu lebih menyentuh perihal sesuatu yang bersifat zahir kepada manusia.

Sesuatu yang zahir itu tidak dapat dizahirkan melainkan ada yang batin. Perkara batin tidak dapat dihuraikan oleh perkara zahir. Hanya batin yang dapat menghuraikan perkara batin.

Justeru itu istilah syariat banyak mengandungi kias dan perumpamaan yang perlukan ilmu untuk difahami. Solat dalam takrifan syarak itu ada sedikit kias.


Kiasannya ➡️ bagaimana perkara zahir (Beberapa ucapan dan beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam) boleh bersama dengan perkara batin (beribadah kepada Allah)

Hanya perkara batin yang dapat bersama perkara batin. Hanya batin yang mengenal batin.


Bagaimana yang zahir boleh mengenal yang batinPerkara zahir adalah perkara nampak. Perkara batin adalah perkara tak nampak. Bagaimana perkara nampak hendak melihat perkara tak nampak

Contohnya begini :


Dengan keadaan sedar dan jaga, cuba kita bayangkan sebiji buah manggis yang ranum. Sekarang, cuba kita gerakkan tangan. dan cuba kita ambil buah manggis yang dibayangkan itu dengan tangan yang ada. Boleh? Nescaya tidak boleh. Tangan itu perkara zahir, mana mungkin boleh ambil manggis yang wujud hanya dalam bayangan atau hayalan. 
Sekarang, cuba pula kita letakkan diri kita dalam gelombang Alpha atau Theta (berhayal atau mimpi). Dalam hayalan itu, cuba kita ambil manggis tadi, kemudian kita kupas kulitnya, kita makan isinya dan kita rasa sedapnya. Kalau hayalan atau mimpi kita kusyuk, nescaya kita dapat merasakan yang kita benar-benar mengambil, mengupas dan memakan buah manggis itu. Malah, sedapnya rasa manggis itu, seolah-olah benar-benar terasa di tekak.

Contoh ini menyatakan bahawa, mana mungkin perkara batin boleh dirasa oleh perkara zahir. Hanya batin yang dapat mengenal batin.


Buah manggis dalam hayalan atau mimpi itu hanya boleh dirasa oleh orang yang berkhayal atau bermimpi. Mana mungkin orang yang sedar boleh merasa manggis yang wujud dalam hayal atau mimpi. 
Jika dibawa ke persoalan solat, takrif ariffbillah (makrifat), lebih sama kepada perkara batin dan takrif syarak (syariat), lebih sama kepada perkara zahir. Namun kedua-duanya menuju tujuan yang sama, iaitu kepada Allah! cuma, jalannya sahaja yang berbeza.

Perlu diingat, meskipun tujuan jalan syariat dan jalan hakikat itu sama, namun ramai pengikut-pengikut aliran syariat dan ramai juga pengikut-pengikut aliran hakikat “tersesat” ketika mencari jalan. Sebabnya? kerana mereka itu, kurang ilmu, hanya penuh dengan maklumat sahaja.

Bagaimana kita tahu kita tersesat jalan?
Kita tahu kita tersesat, bila kita rasa kita masih tidak kenal dan tak jumpa akan apa yang kita cari. Kita tahu kita tersesat bila kita rasa kita masih tak sampai-sampai ke tempat dituju.

Bila kita masih tidak tahu apa itu ikhlas. 
Bila kita tak pernah rasa dan masih tercari cari apa itu kusyuk. Bila kita masih mengaku, ini aku punya, itu aku buat. Kita tahu kita tersesat bila kita rasa kita "mampu" untuk mengucapkan syukur kepada Allah‼️

Makanya, bila kita tahu yang kita telah tersesat dihujung jalan, maka, hendaklah kita balik ke pangkal jalan. Balik ke pangkal jalan itu, adalah balik ke tempat asal, tempat bermulanya perjalanan kita...

Bagaimana kita boleh tersesat jalan? Kita tersesat kerana kita tidak tahu jalan. Tidak tahu jalan kerana kita tidak tahu mencari jalan. Tidak tahu mencari jalan kerana kita tidak faham akan ilmu. Kebanyakan daripada kita menganggap maklumat itu sebagai ilmu.

Maklumat tidak akan dapat mengenal dan tidak akan sampai ke tempat tuju (Allah). Untuk maklumat menjadi ilmu, kita perlu tahu teknologi memproses ilmu. Bila kita faham akan teknologi ilmu, maka barulah kita boleh memproses maklumat untuk dijadikan ilmu.

Bila tahu cara memproses maklumat, maka barulah makna atau maksud oleh dihasilkan. Bila makna terhasil, maka barulah kita beroleh faham. Bila beroleh faham, barulah mengenal jalan. Bila mengenal jalan, baru tak sesat.

Bila tak sesat, barulah sampai ke tempat tujuan. Maka, belajarlah❗️Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China. Walaupun ulama hadis mengatakan hadis ini palsu dan daif, itu tidak menjadi soal, anggap saja ianya sebagai kata-kata mutiara, kerana kita cuma ingin mengambil ilmu di sebalik kata-kata itu.

Apakah Solat Itu Yang Menjadi Tujuan?


Solat itu bukan menjadi tujuan. Yang menjadi tujuan ialah Allah, tetapi solat (perhubungan) itu WAJIB dilakukan dan tidak boleh ditinggalkan kerana solat adalah “perhubungan” yang perlu dilakukan untuk menyatakan Allah.


Allah menyatakan diriNya melalui perantaraan roh dan roh menyatakan diriNya melalui perantaraan tubuh jasad manusia. Tubuh jasad manusia itu hanya penzahiran atau pantulan (reflextion) roh dan roh itu pula bersumberkan Allah. Maka kalau tidak bersolat, bagimana kita boleh menyatakan Allah,Maka bersolatlah. Jangan tinggalkan solat. Solatlah samada di dalam solat atau di luar solat. Solatlah samada solat di dalam takrifan syariat atau solat di dalam takrifan ariffbillah (makrifat).

Bila nyatanya Allah,maka tertunduklah diri, rendahlah diri, hapuslah diri. Yang Tinggi dan yang Wujud hanya Allah. Inilah ibadah, Inilah solat. Solat yang sentiasa tidak putus. Inilah Solat Daim (Perhubungan yang sentiasa tidak putus).

Inilah solat yang tidak berkesudahan bermula dari subuh, habis subuh, sambung ke zohor, habis zohor, sambung ke asar, sambung, ke maghrib,sambung ke isyak dan berbalik ke subuh, tanpa batasan waktu.

Alhamdulillah.. Berakhir sudah usrah dengan tajuk Apa itu solat? In shaa Allah minggu depan kita akan bincang topik yang baru. Semoga ilmu yang kita dapat hari ini dapat dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain. In shaa Allah..

Wallahualam bissawab

------------------------------------------------

Moga Allah redha.

------------------------------------------------

Wallahua'lam. Berakhir sudah perkongsian untuk kali ini.

Semoga Allah SWT melimpahkan hidayah dan taufikNya bagi kita yang mendapat ilmu baru yang kita telah perolehi.

In shaa Allah.

Dipersilakan berkongsi namun sebarang EDITING dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan TIDAK MENGUBAH atau MEMBUANG mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah

Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

Jom baca surah Al Kahfi 1

Jom Baca Surah Al Kahfi 1

Assalamualaikum wbt

Hari ni dah hari jumaat
Penghulu segala hari & di mana kiamat akan berlaku pada hari jumaat.

Sebelum kiamat berlaku dajjal yang muncul dulu.😢

jadi persiapan anda macam mana

Al kahfi dah hafal

Pada yang dah hafal tahniah‼️

Hafal ayat sekali dengan terjemahan tak😌

Jeng..jeng..jeng..

Ok. Ok.
Better than nothing kata orang.

Yang lain❓
Belum mula menghafal ke

Masa dajjal muncul tak sempat nak kata STOP‼️

"nak baca al kahfi untuk awak."

NO!NO!NO!

Dah terlambat.

Jadi jom la mula dari sekarang, in shaa Allah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ayat 1 :

Arab :


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا

Rumi :


Al ham du lil laa hil lazii an zala 'alaa 'ab di hil ki taa ba wa lam yaj' al la hu ie waja

Terjemahan :

Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al Qur'an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya.

الْحَمْدُ لِلَّهِ

Pujian itu milik Allah; 
Segala pujian. Samada satu pujian, dua pujian atau semua pujian adalah milik Allah. Semua pujian itu adalah hak Allah. Orang lain pun dipuji juga, tapi semua pujian itu sebenarnya milik Allah. Kerana walau bagaimana pun kita puji makhluk lain, kita sebenarnya memuji Allah. Kalau kita puji seseorang itu cantik, sebenarnya kita puji Allah juga kerana Allah lah yang telah menjadikan orang itu cantik.
Allah telah memuji diriNya sendiri dalam ayat ini. Allah telah mengajar kita bagaimana cara untuk memuji DiriNya.

الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ

Zat yang menurunkan kepada hambaNya, kitab Quran;
 Lihatlah, apabila Allah berkata segala pujian itu milikNya, Nabi Muhammad yang menerima wahyu ini tidak disebut nama dan pangkatnya, hanya disebut perkataan ‘hambaNya’ sahaja.
Allah memuji DiriNya sendiri dalam ayat ini kerana Dialah yang menurunkan Quran yang mulia kepada Nabi yang mulia untuk disampaikan kepada umat. Quran itu adalah nikmat yang maha besar yang Allah berikan kepada makhlukNya. Dengan Quran itu dapat mengeluarkan manusia dari kegelapan kesesatan kepada cahaya kebenaran.
Dalam ayat ini, kita bertemu tiga perkara pokok yang dibicarakan dalam Quran: Allah, Rasul dan Kitab. Allah menurunkan Kitab (Quran) kepada manusia melalui HambaNya (Nabi Muhammad). Dan Allah memuji DiriNya kerana Dialah yang menurunkan Kitab itu. Pujian bukanlah kepada Quran itu kerana ianya diturunkan Allah. Begitu juga para Nabi semua menjalankan tugas mereka yang telah diberikan oleh Allah. Segala pujian adalah hanya kepada Allah. Kerana kalau kita memuji sesiapa atau apa sahaja, ianya akan kembali kepada Allah. Maka ini, juga mengajar kita merendahkan diri kita kalau ada seseiapa yang memuji kita, kerana kalau ada apapun yang baik pada diri kita, ianya adalah dari Allah semata-mata.
Allah hendak mengingatkan manusia bahawa Dialah yang menurunkan wahyu itu kepada Nabi Muhammad. Quran itu bukan datang daripada selain Allah taala. Jadi, jangan kita ambil mudah dengan Quran ini. Ianya datang daripada Allah.

 وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا

Dan tidak mungkin sama sekali kamu dapati dalam Quran ini sebarang perselisihan
Ayat yang didepan dan dibelakang tidak ada perselisihan. Ayat dulu dan kemudian tidak ada perselisihan. Tidak ada langsung perselisihan dalam Quran itu. Berbeza dengan kitab agama lain yang mempunyai banyak sangat kesilapan dan kekeliruan di dalamnya. Quran memberi cabaran kepada manusia untuk mencari kesilapan yang ada dalam Quran. Cabaran itu diberikan dari dulu lagi, tapi tidak ada yang dapat mencari kesilapannya kerana tidak ada. Itulah yang hendak disampaikan dalam ayat ini.
Dari segi bahasa, perkataan عِوَجًا itu bermaksud kebengkokan. Contohnya, jalan yang benjol-benjol boleh dipanggil عِوَجًا. Begitu juga kekurangan yang ada pada manusia. Contohnya, seseorang yang berjalan bengkang bengkok. Ia juga bermaksud sesuatu yang tidak jelas, tidak boleh difahami. Sebagai contoh, ada orang yang bila bercakap dengan kita, akhirnya kita tak faham dia nak beritahu apa dengan kita. Tidak begitu dengan Quran. Apa sahaja yang Quran sampaikan, ada maksud yang hendak dibawa oleh ayat-ayat Quran itu. Ianya membawa kepada jalan yang lurus.
Alhamdulillah dah selesai baca 1 ayat ✔

1 je ??

Eh, nak baca lebih pun boleh . tapi moleknya bacalah dengan terjemahan dan paling penting bukan sekadar hafal tapi hayati ☝

InsyaAllah minggu ni hafal ayat pertama surah al kahfi ye. Minggu depan kita jumpa lagi. Kita hafal ayat seterusnya pula .

Hafallah untuk manfaat diri sendiri.

******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah

Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

Fiqh Wanita : Haid

Assalamualaikum WBT 

Tajuk Besar: FIQH WANITA
Tajuk kecil: HAID
Tempat: Group Whatsapp
Masa: 9.15 malam
Naqibah: Ukhti Fazarina (Founder UMS)

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Bersyukur kita ke hadrat Illahi dapat berkumpul sama sama malam ni untuk membincangkan satu tajuk iaitu Haid.

Mesti ada yang tertanya kenapa saya membincangkan topik Haid ni kan.

Lepas usrah nanti korang semua akan tahu sedikit sebanyak mengenai Haid ini. In shaa Allah.

Allah SWT berfirman;


Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. (Al-Baqarah:222)

Darah yang keluar dari faraj wanita ada Tiga macam :
1. darah istihadah
2. darah haid
3. darah nifas

Haid adalah kejadian atau peristiwa yang telah ditetapkan Allah harus terjadi pada puteri-puteri Adam. Islam mempunyai hukum-hukum tertentu mengenai haid, berlainan dengan hukum-hukum yang dipakai Bani Israil.

Diriwayatkan oleh _Muslim_ & _Tirmidzi_ dari anas r.a bahawa wanita-wanita yahudi apabila haid, mereka dipercilkan jauh dari rumah atau tempat tinggal mereka, tidak boleh makan, minum dan berkumpul bersama-sama keluarga di dalam sebuah rumah. Maka orang-orang arab madinah terikut-ikut dengan cara yang dilakukan kaum yahudi tersebut. Lalu mereka bertanya kepada Rasulullah SAW tentamg hukum tersebut. Maka turunlah dari Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 222 tersebut di atas.

Sabda Rasulullah SAW:
Lakukanlah segala-galanya selain jimak.

Sabda Rasulullah SAW tersebut sampai kepada orang-orang yahudi. Lalu kata mereka: 'Apabila sebenarnya yang diinginkan orang ini (Maksudnya nabi SAW)?'Dia tidak saja meninggalkan cara-cara kita, bahkan melakukan hal-hal yang bertentangan dengan kita'.

Apa itu darah haid?


Haid adalah darah yang keluar dari rahim seorang wanita pada waktu-waktu tertentu yang bukan kerana disebabkan oleh suatu penyakit atau kerana adanya proses persalinan, dimana keluarnya darah itu merupakan sunnatullah yang telah ditetapkan oleh Allah kepada seorang wanita. Sifat darah ini berwarna merah kehitaman yang kental, keluar dalam jangka waktu tertentu, bersifat panas, dan memiliki bau yang khas atau tidak sedap.

Kenali warna-warna darah haid


1. *Coklat gelap* ➡️ Menandakan darah sudah tersimpan dalam rahim untuk waktu yang lama. Biasanya untuk menandai menstruasi. 
2. *Merah* ➡️ Ini normal sebab peluruhan rahim telah deras tertumpah dan sangat cepat.
3. *Merah cranberi* ➡️ Warna ini sihat dan normal dalam jangka waktu 2 hari pertama masa menstruasi. Setelah warna ini biasanya timbul warna yang lebih merah. 
4. *Hitam atau abu-abu* ➡️ Jika menstruasi anda berwarna ini, patut waspada dan jangan diabaikan. Boleh jadi anda infeksi rahim. Warna ini boleh dilihat di hari keempat. Jika hari keempat bersamaan dengan warna merah. 
5. *Jingga* ➡️ Boleh jadi jika darah menstruasi anda berwarna jingga bererti adanya infeksi. Jangan mengabaikannya, ya. Segera konsultasi dengan doktor.

Masa Haid yang Tidak Teratur


Ada beberapa wanita yang mengeluh masa haidnya biasanya enam sampai tujuh hari, tetapi tiba-tiba berubah sampai lebih dari masa kelaziman tersebut. Ada juga yang mengeluh, biasanya waktu haidnya diawal bulan, berubah menjadi diakhir bulan. Sebagian lagi mengalami masa haid yang terputus-putus, sehari haid, kemudian sehari berhenti, besoknya haid lagi dan seterusnya. Untuk lebih detail akan dibahas dibawah ini tentang kondisi-kondisi tak lazim diatas.

a. Bertambah, berkurang, maju dan mundurnya masa haid


Para ulama berbeza pendapat dalam menghukumi ketidaklaziman ini. Namun, bertolak dari pendapat yang paling tepat hukum haid dikaitkan dengan keberadaan haid itu sendiri, maka pendapat yang benar adalah seorang wanita jika mendapatkan darah (haid) maka dia berada dalam masa haid, dan jika tidak mendapatkannya maka dia dalam keadaan suci, meskipun masa haidnya melebihi atau kurang dari kebiasaannya serta maju atau mundur dari waktu kebiasaannya.


Pendapat diatas merupakan madzab Imam Syafi’i dan menjadi pilihan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. Ibnu Qudamah Al-Hanbali (pengarang kitab Al-Mughni) pun ikut menguatkan pendapat ini dan membelanya dengan menyatakan: ”Andaikata adat kebiasaan menjadi dasar pertimbangan menurut yang disebutkan dalam madzab, niscaya dijelaskan oleh Nabi Shalalllahu ‘alaihi wassalam kepada umatnya dan tidak ditunda-tunda lagi penjelasannya, karena tidak mungkin beliau menunda-nunda penjelasan pada saat dibutuhkan. Istri-istri beliau dan kaum wanita lainnya pun mebutuhkan penjelasan tersebut, maka beliau tidak akan mengabaikannya. Namun, ternyata tidak ada riwayat yang menyatakan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam pernah menyebutkan tentang adat kebiasaan ini atau menjelaskannya kecuali yang berkenaan wanita yang istihadhah saja”.

b. Darah haid yang keluar terputus-putus, misalnya, hari ini keluar, besok tidak keluar, atau yang sejenisnya. Dalam hal ini terdapat 2 kondisi:


Kondisi pertama, jika hal tersebut selalu terjadi pada seorang wanita setiap waktu (bukan masa haid), maka darah itu adalah darah istihadhah, dan berlaku baginya hukum istihadah.


Kondisi kedua, jika hal tersebut tidak selalu terjadi atau kadangkala saja datang dan mempunyai saat suci yang tepat (berdasarkan kebiasaannya setiap bulan), maka menurut pendapat yang paling shahih, jika belum keluar lendir putih sebagai tanda masa haid berakhir, masa tersebut (masa darah terputus) masih dihukumi masa haid. Karena jika masa terputus tersebut dihukumi masa suci hal itu pastilah akan menyulitkan penghitungan masa iddah berdasarkan quru’ (haid dan suci), Padahal tidaklah syari’at itu menyulitkan.

c. Terjadi pengeringan darah, yakni, seorang wanita tidak mendapatkan selain lembab atau basah saja di kemaluannya.


Jika hal ini terjadi pada saat masa haid atau bersambung dengan haid sebelum suci, maka dihukumi sebagai haid. Tetapi jika terjadi setelah masa suci, maka tidak termasuk haid.

Perkara yang diharamkan bagi wanita yang haid dan nifas adalah :


➡️ Solat➡️ Tawaf➡️ Menyentuh, mengangkat atau membaca Al-Quran. Nabi SAW bersabda : “Tidak boleh bagi orang yang junub dan orang yang haid itu membaca sesuatu daripada Al-Quran.” Riwayat Termidzi dan Abu Daud➡️ Berhenti dalam masjid➡️ Bersetubuh atau bercumbu pada tempat antara pusat dan lutut➡️ Puasa

Ketika haid, SOLAT tidak perlu diqadakan. Tetapi PUASA perlu diqadakan jika haid.

Alhamdulillah, setakat ini sahaja perkongsian kita mengenai HAID. Untuk tajuk seterusnya, kita akan sambung pada minggu hadapan. Semoga apa yang dikongsikan pada hari ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada anda semua. In shaa Allah.

Wallahualam bissawab

------------------------------------------------

Moga Allah redha.

------------------------------------------------

Wallahua'lam. Berakhir sudah perkongsian untuk kali ini.

Semoga Allah SWT melimpahkan hidayah dan taufikNya bagi kita yang mendapat ilmu baru yang kita telah perolehi.

In shaa Allah.

Dipersilakan berkongsi namun sebarang EDITING dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan TIDAK MENGUBAH atau MEMBUANG mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah

Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

Solat : Apa itu Solat? (bahagian 1)

 Assalamualaikum WBT 

Tajuk Besar: SOLAT
Tajuk kecil: Apa itu Solat?? (Bahagian 1)
Tempat: Group Whatsapp
Masa: 9.15 malam
Naqibah: Ukhti Fazarina (Founder UMS)

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Bersyukur kita ke hadrat Illahi dapat berkumpul sama sama malam ni untuk membincangkan satu tajuk iaitu Apa itu solat?

Mesti ada di kalangan kita tahu & ada yang tidak tahu apa itu solat. Mungkin sebab kita hanya diajar cara solat tanpa tahu maksud sebenar solat. In shaa Allah malam ini kita akan kupas sedikit ilmu berkaitan solat.

Solat dari takrif bahasa merupakan doa.


Pengertian solat dalam syarak pula ialah "beberapa ucapan dan beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam dan dengannya kita beribadah kepada Allah, menurut syarat-syarat yang telah ditentukan."

Takrif solat dari pandangan Ariffbillah pula ialah "solat itu suatu perhubungan yang menghubungkan antara hati dengan Tuhan. Tujuannya untuk MENYATAKAN Tuhan."

Ada tiga perkataan penting yang perlu perhatian :


1. Perhubungan
2. Hati
3. Tuhan
Huraian tafsiran solat dari pandangan Ariffbillah:

Solat itu suatu PERHUBUNGAN.

Apa yang hendak dihubungkan?
Menghubungkan Hati dengan Tuhan.

Apa maksud hati?
Hati itu Qalbu/Roh. Maka yang hendak dihubungkan adalah Roh dengan TuhanNya.

Siapa yang menghubungkan?
Tuhan itu sendiri melalui perantaraan Roh. Tuhan menyatakan diriNya melalui Roh. Roh menyatakan diriNya melalui makhluk (manusia). Manusia menyatakan dirinya melalui jasad. Jasad menyatakan dirinya melalui sel. Sel menyatakan dirinya melalui nukleus. Nukleus menyatakan dirinya melalui atom dan atom itu kembali menyatakan diri TuhanNya. *_(Tujuh Martabat : Bermula dengan Tuhan dan berakhir dengan Tuhan )_*

Perhubungan itu boleh membawa maksud menyaksikan, bertemu, berkomunikasi atau berinteraksi. Komunikasi yang baik adalah komunikasi dua hala.

Apalah erti komunikasi jika hanya satu pihak saja yang berkomunikasi?
Apalah erti pertemuan jika tidak bertemu?
Apalah erti berinteraksi jika satu pihak sahaja yang beri reaksi?
Apalah erti saksi, jika tidak kenal saksi dan tidak pernah menyaksikan saksi?

Bila telah berkomunikasi, bila telah berinteraksi, bila telah bertemu antara Roh dengan Tuhan, maka akan nyatalah Penyaksian itu. Nyata penyaksian bermakna, nyatalah Tuhan itu. Bila nyata Tuhan, maka tiadalah segala sesuatu melainkan DIA.

Apa tugas makhluk manusia?
Untuk beribadah kepada Tuhan.

Apa itu ibadah?
Merendahkan, menundukkan dan melenyapkan diri makhluk hingga tidak lagi kelihatan segala sesuatu, zahir dan batin melainkan Allah.

Bagaimana nak merendahkan diri?
Buang segala sesuatu yang bersifat makhluk. Bila mati sifat makhluk, maka nyatalah sifat Tuhan. Bila Tuhan telah nyata, maka berhubunglah.

Bagaimana untuk berhubung?
Lakukan solat

Apa itu solat?
Suatu perhubungan yang menghubungkan antara hati dengan Tuhan. Tujuannya untuk menyatakan Tuhan.

Bagaimana bersolat (berhubung)?
Matikan diri daripada segala sesuatu. Buang segala sifat makhluk. Buang segala nama yang bernama. Buang segala sifat yang bersifat, Buang segala perbuatan yang memperbuat. Buang segala zat yang berzat. Bila segalanya telah dibuang, pulangkan segala sifat itu kembali kepada pemilikNya (Tuhan). Tuhan itulah Nama (Asma') bagi segala yang bernama. Tuhan itulah Sifat bagi segala yang bersifat. Tuhan itulah yang memperbuat segala Perbuatan (Af'al). Tuhan itulah Zat bagi segala yang mempunyai zat. Sebab itulah bila sampai di _"haiya alaasolah"_ kita pun menjawab _"laa hau lawala quwwata illa billah..."_

Untuk tajuk seterusnya, kita akan sambung pada minggu hadapan. Semoga apa yang dikongsikan pada hari ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada anda semua. In shaa Allah.

Wallahualam bissawab

------------------------------------------------

Moga Allah redha.

------------------------------------------------

Wallahua'lam. Berakhir sudah perkongsian untuk kali ini.

Semoga Allah SWT melimpahkan hidayah dan taufikNya bagi kita yang mendapat ilmu baru yang kita telah perolehi.

In shaa Allah.

Dipersilakan berkongsi namun sebarang EDITING dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan TIDAK MENGUBAH atau MEMBUANG mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah

Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang