Monday, 25 July 2016

Jom baca surah Al Kahfi 1

Jom Baca Surah Al Kahfi 1

Assalamualaikum wbt

Hari ni dah hari jumaat
Penghulu segala hari & di mana kiamat akan berlaku pada hari jumaat.

Sebelum kiamat berlaku dajjal yang muncul dulu.😢

jadi persiapan anda macam mana

Al kahfi dah hafal

Pada yang dah hafal tahniah‼️

Hafal ayat sekali dengan terjemahan tak😌

Jeng..jeng..jeng..

Ok. Ok.
Better than nothing kata orang.

Yang lain❓
Belum mula menghafal ke

Masa dajjal muncul tak sempat nak kata STOP‼️

"nak baca al kahfi untuk awak."

NO!NO!NO!

Dah terlambat.

Jadi jom la mula dari sekarang, in shaa Allah

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ayat 1 :

Arab :


الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ الَّØ°ِÙŠ Ø£َÙ†ْزَÙ„َ عَÙ„َÙ‰ٰ عَبْدِÙ‡ِ الْÙƒِتَابَ ÙˆَÙ„َÙ…ْ ÙŠَجْعَÙ„ْ Ù„َÙ‡ُ عِÙˆَجًا

Rumi :


Al ham du lil laa hil lazii an zala 'alaa 'ab di hil ki taa ba wa lam yaj' al la hu ie waja

Terjemahan :

Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al Qur'an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya.

الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ

Pujian itu milik Allah; 
Segala pujian. Samada satu pujian, dua pujian atau semua pujian adalah milik Allah. Semua pujian itu adalah hak Allah. Orang lain pun dipuji juga, tapi semua pujian itu sebenarnya milik Allah. Kerana walau bagaimana pun kita puji makhluk lain, kita sebenarnya memuji Allah. Kalau kita puji seseorang itu cantik, sebenarnya kita puji Allah juga kerana Allah lah yang telah menjadikan orang itu cantik.
Allah telah memuji diriNya sendiri dalam ayat ini. Allah telah mengajar kita bagaimana cara untuk memuji DiriNya.

الَّØ°ِÙŠ Ø£َÙ†ْزَÙ„َ عَÙ„َÙ‰ٰ عَبْدِÙ‡ِ الْÙƒِتَابَ

Zat yang menurunkan kepada hambaNya, kitab Quran;
 Lihatlah, apabila Allah berkata segala pujian itu milikNya, Nabi Muhammad yang menerima wahyu ini tidak disebut nama dan pangkatnya, hanya disebut perkataan ‘hambaNya’ sahaja.
Allah memuji DiriNya sendiri dalam ayat ini kerana Dialah yang menurunkan Quran yang mulia kepada Nabi yang mulia untuk disampaikan kepada umat. Quran itu adalah nikmat yang maha besar yang Allah berikan kepada makhlukNya. Dengan Quran itu dapat mengeluarkan manusia dari kegelapan kesesatan kepada cahaya kebenaran.
Dalam ayat ini, kita bertemu tiga perkara pokok yang dibicarakan dalam Quran: Allah, Rasul dan Kitab. Allah menurunkan Kitab (Quran) kepada manusia melalui HambaNya (Nabi Muhammad). Dan Allah memuji DiriNya kerana Dialah yang menurunkan Kitab itu. Pujian bukanlah kepada Quran itu kerana ianya diturunkan Allah. Begitu juga para Nabi semua menjalankan tugas mereka yang telah diberikan oleh Allah. Segala pujian adalah hanya kepada Allah. Kerana kalau kita memuji sesiapa atau apa sahaja, ianya akan kembali kepada Allah. Maka ini, juga mengajar kita merendahkan diri kita kalau ada seseiapa yang memuji kita, kerana kalau ada apapun yang baik pada diri kita, ianya adalah dari Allah semata-mata.
Allah hendak mengingatkan manusia bahawa Dialah yang menurunkan wahyu itu kepada Nabi Muhammad. Quran itu bukan datang daripada selain Allah taala. Jadi, jangan kita ambil mudah dengan Quran ini. Ianya datang daripada Allah.

 ÙˆَÙ„َÙ…ْ ÙŠَجْعَÙ„ْ Ù„َÙ‡ُ عِÙˆَجًا

Dan tidak mungkin sama sekali kamu dapati dalam Quran ini sebarang perselisihan
Ayat yang didepan dan dibelakang tidak ada perselisihan. Ayat dulu dan kemudian tidak ada perselisihan. Tidak ada langsung perselisihan dalam Quran itu. Berbeza dengan kitab agama lain yang mempunyai banyak sangat kesilapan dan kekeliruan di dalamnya. Quran memberi cabaran kepada manusia untuk mencari kesilapan yang ada dalam Quran. Cabaran itu diberikan dari dulu lagi, tapi tidak ada yang dapat mencari kesilapannya kerana tidak ada. Itulah yang hendak disampaikan dalam ayat ini.
Dari segi bahasa, perkataan عِÙˆَجًا itu bermaksud kebengkokan. Contohnya, jalan yang benjol-benjol boleh dipanggil عِÙˆَجًا. Begitu juga kekurangan yang ada pada manusia. Contohnya, seseorang yang berjalan bengkang bengkok. Ia juga bermaksud sesuatu yang tidak jelas, tidak boleh difahami. Sebagai contoh, ada orang yang bila bercakap dengan kita, akhirnya kita tak faham dia nak beritahu apa dengan kita. Tidak begitu dengan Quran. Apa sahaja yang Quran sampaikan, ada maksud yang hendak dibawa oleh ayat-ayat Quran itu. Ianya membawa kepada jalan yang lurus.
Alhamdulillah dah selesai baca 1 ayat ✔

1 je ??

Eh, nak baca lebih pun boleh . tapi moleknya bacalah dengan terjemahan dan paling penting bukan sekadar hafal tapi hayati ☝

InsyaAllah minggu ni hafal ayat pertama surah al kahfi ye. Minggu depan kita jumpa lagi. Kita hafal ayat seterusnya pula .

Hafallah untuk manfaat diri sendiri.

******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah

Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

No comments:

Post a Comment