Monday, 15 August 2016

Aurat satu tuntutan

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka disini,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh lani lah dimulai.

Friday, 12 August 2016

Jom Baca Surah Al Kahfi 4

Assalamualaikum WBT..

Macam mana dengan hafalan surah al kahfi dari ayat 1 hingga 3?? dah hafal ke belum ni??

cepat-cepat hafal ye. Banyak lagi nak ke hafal ni..hehehe..

baiklah tanpa membuang masa kita teruskan hafalan dengan ayat seterusnya.

Ayat 4


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Arab :


وَيُنذِرَ ٱلَّذِينَ قَالُوا۟ ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ وَلَدًا

Rumi :


wayundziralladziina qaaluu ittakhadzallaahu waladaa

Terjemahan :


Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”. 

Dan supaya dengan Quran itu Nabi memberi ancaman kepada orang-orang yang kata Allah mengambil anak; Iaitu ‘anak angkat’. Kerana kita telah tahu bahawa Allah memang tak beranak. Tidak pernah beranak dan tidak mungkin akan beranak. Jadi anak yang dimaksudkan adalah ‘anak angkat’. Hendaklah kita dalam mengajar tafsir Quran ini memberi ancaman tentang mereka yang mengambil makhluk sebagai ‘anak angkat’ Allah. Apakah maksudnya? 

Manusia banyak yang memberi pangkat kepada seseorang atau sesuatu. Mereka akan mengatakan sekian-sekian orang itu adalah ‘pilihan’ Allah taala. Contohnya, mereka kata orang itu adalah wali. Itu seumpama mengatakan orang itu ‘anak angkat’ kepada seseorang. Kerana kita tahu, kalau seseorang itu anak angkat kepada seseorang yang besar, tentulah dia boleh minta tolong kepada orang besar itu. Jadi, kita berkawan dengan dia kerana kita hendakkan kelebihan orang itu, kononnya.

Mereka sendiri yang memberi pangkat ‘anak angkat’ itu kepada makhluk itu walaupun Allah tak pernah cakap pun. ‘Anak angkat’ itu mereka gunakan dalam penyeruan, dalam doa dan dalam ibadat mereka. Kerana mereka rasa kalau mereka bodek ‘anak angkat’ Allah itu, Allah akan beri apa yang mereka minta. Contoh perbuatan ini adalah orang-orang Musyrikin Mekah yang menyembah malaikat kerana mereka kata malaikat itu adalah anak perempuan Allah. Ini dipanggil ‘perantaraan’ atau dalam bahasa Arab dipanggil tawasul.

Alhamdulillah ini sahaja untuk ayat ke 4. Bagi yang macam blur-blur bila baca terjemahan ni.

Cuba nk faham ? tapi tak faham-faham juga 

Cuba rujuk ayat sebelum ni sebab surah alQuran ni macam buku cerita yang lengkap. 

Tunggu dibaca je oleh kita


Nantikan sambungan kisah surah al kahfi pada minggu depan ayat ke 5 pula !


Harap manfaatnya tetap sampai.

Wallahualam.


******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah


Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

Friday, 5 August 2016

Ciri-Ciri Solat Sempurna

Apa yang dimaksudkan dengan solat yang sempurna?

Iaitu solat yang dilakukan dengan memenuhi segala rukun-rukun dan sunat-sunatnya dalam keadaan tenang, khusyuk dan penuh penumpuan. ciri-ciri solat yang sempurna ialah;


1. Orang yang melakukannya meyakini bahawa solat yang dilakukannya adalah sebagaimana solat Nabi Sallallahu 'alaihi wasalam.
2. Setiap pergerakan di dalamnya dilakukan dengan toma'ninah (Tenang, tertib, sopan dan tidak tergesa-gesa). 
3. Lidah menyebut dengan elok dan fasih bacaan-bacaan di dalam solat terutamanya ayat-ayat Al-Quran. 
4. Bacaan-bacaan di dalam solat difahami maknanya sama ada bacaan itu berupa ayat-ayat Al-Quran, Zikir atau Doa kerana memahami makna membawa kepada penghayatan terhadap apa yang dibaca itu. 
5. Hati dalam keadaan khusyuk dan memberi penumpuan kepada solat iaitu tidak lalai atau alpa. 

Apa hukum mengetahui kaifiyat solat Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-? Bagaimana caranya?


Hukumnya adalah Wajib kerana Nabi SAW bersabda (Dalam bentuk Perintah); "Kerjakanlah solat sama sebagaimana kamu melihat aku mengerjakan solat". (Riwayat Imam Al-Bukhari dari Malik Bin Al Huwairith r.a)


Untuk mengetahui kaifiyat solat Nabi SAW, caranya adalah melalui riwayat-riwayat yang sahih dari para sahabat yang menceritakan bagaimana Nabi SAW mengerjakan solat bermula dari niat dan takbiratul ihram sehinggalah kepada memberi salam.

Apa persediaan yang perlu dilakukan sebelum menunaikan solat?


  1. Bersih dari hadas dan najis.
  2. Memakai pakaian menutup aurat.
  3. Memastikan telah masuk waktu solat yang hendak dikerjakan itu solat fardhu atau solat sunat yang berwaktu seperti dhuha dan sebagainya.
  4. Memastikan arah qiblat.
  5. Persediaan batiniyah, iaitu melapangkan hati dan akal fikiran dari segala urusan dunia dan memberikan tumpuan kepada solat sahaja.


Apa akibatnya jika solat tidak dilakukan dengan sempurna?


Menyebabkan solat tidak sah jika yang tidak disempurnkan itu adalah perkara rukun dan hilang pahala jika yang tidak disempurnakan itu perkara sunat. Di dalam sebuah hadis, Abu Hurairah r.a menceritakan; "Suatu hari Nabi SAW berada di dalam masjid. Masuk seorang lelaki lalu mengerjakan solat. Kemudian ia datang kepada baginda dan memberi salam. Setelah menjawab salamnya, baginda berkata kepadanya; "Ulangi semula solat kamu. Sesungguhnya kamu belum mengerjakan solat". (Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa solat yang dilakukan tanpa memenuhi rukun-rukunya sama seperti tidak melakukannya, kerana itu disuruh oleh Nabi SAW supaya mengulanginya semula.

**************************************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :


Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah


Instagram : usrahmuslimahsolehah


Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/


Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)


Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah


Twitter : @Usrahmuslimahsolehah


Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

Perempuan vs muslimah

Terdapat perbezaan di antara istilah yang kita gunakan.  Seorang perempuan tidak semestinya muslimah, tetapi seorang muslimah adalah tetap seorang perempuan.

PEREMPUAN
Apabila teruna memerhatikannya, Perempuan akan membalas renungan matanya 
Apabila teruna mendekati selangkah,Perempuan datang berpuluh langkah
Apabila teruna memujuk rayu,Perempuan lemah dalam pangkuannya
Apabila teruna memberi harapanPerempuan hanyut dalam langkah ..
MUSLIMAH
Apabila teruna memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak panah syaitan
Apabila teruna mendekati selangkah, 
Muslimah berundur beribu langkah
 Apabila teruna memujuk rayu,  Muslimah anggap itulah kalimah iblis ..
Apabila teruna menutur harapan indah,Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana ..
Kerana Muslimah mengerti dan menyedari Akan erti maruah peribadi sejati Yang diselaputi iman yang hakiki Yang tidak mudah dicemar.

ALLAHU Ta'ala a'lam bissowab. (PERBEZAAN antara PEREMPUAN dan MUSLIMAH).

TUTUP AURAT dan BALUT AURAT adalah dua perkara BERBEZA.Kata sygkn ibubapa dan suami,tp kenapa pakaian tu mengheret mereka ke neraka? Syg hanya di bibir?
Pilih diantara MURAH dan MARUAH .

Jadilah seperti kaktus berduri.

Teguran tu drp Allah.Manusia ni cuma wasilahNya.Terimalah teguran dgn berlapang dada.
Hasbunallahu wani'mal wakil.


Dear Hawa, Jaga iman, Jaga akhlak, Jaga mulut, Jaga pandangan. Hah, lagi satu. Tolong ye syg. Jaga hati kamu. Jgn cepat cair dgn yg tak halal :)-Jaga molek-molek nah-

Andai rasa dirimu lemah dlm perjalanan hijrahmu, ketika dirimu tidak mampu untuk bersendirian, Mohonlah pada Allah moga dipermudahkan hijrahmu. Hijrah ini memang susah, hijrah ini juga memang payah. Berhijrahlah menuju Allah

Teguran sentap untuk semua wanita islam.

******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah


Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

Thursday, 4 August 2016

Hijrah itu Indah

Okay.. Hijrah..

Kenapa orang rasa hijrah ni pahit?? Okay orang rasa hijrah ni pahit kerana dia rasa dia tak mampu untuk berhijrah. Ingatlah kepahitan itu bakal diganti dengan kemanisan SYURGA. Siapa je yang taknak masuk Syurga kan.

Okay saya akan berkongsi sedikit penghijrahan tentang seseorang.. Namanya biarlah rahsia.

Alhamdulillah. Sudah masuk dua tahun setengah sejak saya mula berhijrah.

Alhamdulillah juga Allah masih memberi peluang untuk diri ini kembali kepadaNya. Dua tahun lepas,saya bukanlah seperti sekarang. Pakai skinny jeans,pakai tudung tapi selempang atas dada. Allah.. Dulu dah rasa diri hebat sangat pakai macam tu. Dengan solat entah ke mana. Dengan Al-Quran tak baca. Tu belum bab couple lagi.

Tapi satu hari saya termenung,sampai bila nak jadi macam ni? Start dari situlah rasa macam nak berhijrah. Masa nak berubah tu,tipulah kalau cakap tak ada dugaan kan? Ramai sangat yang menentang.

Cuma, selalu juga rasa futur. Rasa nak kembali kepada diri yang dulu. Setiap kali down, cepat2 muhasabah diri balik. Sejak mula mencari Tuhan,diri ini rasa tenang sangat. Bila kita dah rasa manisnya hijrah tu. Rasa macam tak nak jauh dah dari Allah.

Selain itu,kita harus pedulikan kata2 org kt kita, knp nk dengar sangat ape dia kata,dia akan tlg kita ke disana ke.....Persoalan nilah yg harus ada saat kita rasa down

Jika niat kita berubah benar² kerana Allah, kita tkkn pdulikan apa kata manusia .. memang pada awalnya kita rasa down. Tapi cuba fikir, dgn pndngan mnusia dan kata² mnusia itulah yg sbnrnya mnjdikan kita lebih kuat dn mnjdikan kita semakin dket dgn Allah .. mereka yg berkata itu tidak tahu apa yg kita rasa dalam pnghijrahan. Mereka tidak dapat merasa kemanisan dalam mujahadah. mereka boleh melemparkan kata² nista kerna mrka tidak lalui semua itu.

Hidayah itu milik allah...jangan takut dgn kutukan org kat luar...semua tu tak kan berjaya...sbb Allah yg cipta kita.

Kerana itulah kita yg berubah ni perlu buat persediaan .. persediaan apa ? Kuatkan iman. minta bantuan pd Allah utk kita lalui smua itu.  Minta allah berikan kekuatan dlam diri stiap kali mndgr kata² nista manusia ini

Seseorg yg dtgnya atau berasal drpda keluarga yg mmng dh warak dn alim, mereka sbnrnya x lalui masa² penghijrahan itu brbnding seseorg yg dtg dri kluarga yg jahil agama dn ingin brubah. Org yg jahil agama dn ingin berubah mereka akan rasa stiap apa yg mereka lalui itu sbnrnya sgt indah sdgkan seseorg yg berasal dri kluarg yg pro agama mmng tidak akan rasa kemanisan dalam penghijrahan itu ..

Org yg asal dri kluarga pro agama xdpt rsa kmnisan dlm penghijrahan brbnding kerana mreka sudah buat persiapan dalam dan luar utk berhijrah dn mereka sudah tahu apa yg akan mereka lalui apabila berhijrah berbndnh dgn seorg yg asal dri kluarga bukan pro agama dn ingin berhijrah ..

Pernah tak, rasa nak nangis tapi air mata tak keluar pun? Mungkin majoriti kaum hawa pernah rasa macam ni. Kadang kala disebabkan emosi yang tak menentu.

Masa tu kita nak sangat sujud sambil nangis. Macam kita pernah menangis sebelum-sebelum ini.

Masa tu kita nak sangat berdoa luah semua pada Allah hingga keluar air mata. Masa tu kita nak sangat mengenang dosa lama kita hingga nangis teresak-esak. Hingga akhirnya badan ini tertunduk di sejadah tanpa sedar.

Tapi..
Tapi.. Saat ini Airmatanya susah nak keluar.
Mintalah pada-Nya,
"Allah, sentuhlah hati ini. Aku dah lama tak menangis dihadapan Mu ya Allah."

Saat tu, sujudlah. Atau tadah tangan dan berdoalah.

Ceritalah pada Allah apa terbuku dihati. Kenanglah dosa-dosa kita sambil mohon ampun dari Allah. Mohon ampun Dia hapuskan dosa itu dan terima taubat kita. Luah sepenuh hati! Jangan ada simpan apa-apa lagi. Hanya kau dan Dia yang mendengar luahan itu. Luah saja hingga air mata mengalir!

Letak tangan di dada sambil istighfar. Hayati istighfar
 "ampuni aku ya Allah. Yang banyak dosa ini. Yang selalu lupa ini.😭 Yang selalu lalai, tergelincir ini.

Letak tangan di dada kita, lafazkan 
"Inni akhafullah, wallahu syadidul iqab. Aku takut pada-Mu ya Allah. Aku takut azab api neraka-Mu. Jauhi aku dari jadi bahan bakar dalam neraka kelak ya Allah. Terimalah taubat-taubatku."

Menangislah. Lembutkan hati ini supaya mudah menangis takutkan-Mu ya Rabbana.

Itulah saat indah sebagai hamba Ilahi, menangis penuh rasa kehambaan.

Moga melalui apa yg saya beri secara bertulis ini sedikit sebanyak memberi kekuatan untuk kita kembali kpd Allah dn istiqamah di jalanNya.Berubahlah.. Berhijrahlah..
Tidak perlu dok hirau mereka kutuk,hina,perli penghijrahan kita.  Kerna kita sedar bahawa dunia sudah AKHIR ZAMAN..

Akhir kata..
 "Hijrah itu memang pahit kerana iman kita sentiasa turun dan naik. Maka, bersabarlah kerana kepahitan itu kelak akan digantikan dengan suatu kemanisan iaitu SYURGA..

******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah

Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

Bertaubatlah

"Kalau kita bertaubat, kemudian kita ulang dosa yang sama, kemudian bertaubat, kemudian ulang dosa semula, adakah Allah akan ampunkan kita?"

Sebelum saya jawab, saya nak beritahu, apakah erti taubat?

Saya mahu menerangkan tentang taubat dari beberapa sudut. Saya minta agar kita betul-betul fahami dan hayati, serta merasakan bahawa betapa pengampunnya Allah!


1) Taubat maksudnya kita rasa bersalah dengan dosa, insaf dan memohon keampunan dari dosa-dosa serta berazam untuk tidak ulangi lagi kesilapan tersebut.  Itulah 3 rukun taubat.RASA BERSALAH, MINTA AMPUN, dan BERAZAM TAK NAK ULANG DOSA KITA.

2) Tetapi sejauh mana kita ikhlas dalam taubat? Adakah kata-kata taubat kita itu hanyalah sekadar UCAPAN yang tidak menimbulkan walau sedikit rasa kesal dan insaf. KEIKHLASAN dalam bertaubat hanya di ketahui oleh Allah dan diri kita sendiri!  Kalau betul kita ikhlas, perasaan insaf akan hadir! 

Bukan sekadar tu, perasaan menyesal tu akhirnya menyebabkan kita usaha sedaya mungkin untuk tinggalkan dosa-dosa yang telah kita kesali. Kalau itu berlaku, maka itulah dia TAUBAT NASUHA.

3) Setelah kita taubat nasuha dengan sesungguh-sungguhnya, namun ATAS KELEMAHAN dan KECUAIAN kita, tak mustahil untuk kita gelincir dan jatuh sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Namun, andai kita IKHLAS pada taubat kita yang pertama, maka Allah akan ampunkan dosa kita yang awal, dan untuk dosa yang baru kita buat, kita perlu taubat sekali lagi. Kalau kita tewas lagi, maka taubat lagi.

Begitulah pengampunnya Allah. Namun ikhlas ni bukan benda yang boleh di buat-buat dan BERLAKON!!


4) Perlu di fahami, kita ni LEMAH dan HINA! Sometimes, kita terjatuh lagi dalam dosa yang sama setelah taubat. Jatuhnya kita pada dosa yang sama bukanlah bererti kita tidak ikhlas pada taubat kita yang sebelum ni.Tapi sebab lemahnya kita, kita terjatuh juga pada dosa yang sama walaupun sebelum ni kita telah insaf.

Jika benda macam ni terjadi (dah taubat, di sebabkan kelemahan, kita ulang balik, lepas tu taubat balik, lepas tu ulang balik bla bla bla….), maka, kita kena TAUBAT LAGI DAN LAGI setiap kali kita buat dosa. Jangan PUTUS ASA! Once kita putus asa, maknanya setan dah berjaya pengaruhi kita. Dan Allah takkan JEMU mengampunkan dosa kita walau betapa teruknya kita!

"Kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat…”

Bila buat salah, taubat. Kalau kita buat salah balik, taubat balik. Kalau buat lagi salah, taubat lagi. Sampai bila? Sampai mati! Jangan tangguh taubat. Kalau boleh, bila buat salah, terus taubat, mintak ampun sungguh-sungguh kat Allah.

Kalau kuali yang kita guna untuk masak, awal-awal kita masak, akan ada hitam kat bawah kuali tu. Kalau kita terus basuh, insyallah hilang. Tapi, kalau kita lambat basuh, lama-lama, hitam tu akan MELEKAT kat kuali tu, dan sangat susah untuk hilangkan!

Sekarang ni, kita rasa SUSAH untuk berubah dan tinggalkan maksiat, adalah kerana kita tak MELAZIMI TAUBAT. Kita tak habis-habis tangguh taubat. Sampai maksiat tu MELEKAT, dan sangat susah nak hilang.


“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”
(Imam Ghazali)


”Orang yang terbaik ialah orang yang banyak di uji dengan dosa dan banyak bertaubat!”
(Ali b Abi Talib)


“Kamu perlu bertaubat dari dua dosa. Satu, dosa kamu yang lalu. Kedua, kamu perlu taubat kerana kamu menangguhkan taubat kamu…”
(Ibn Qayyim)

Wallahua'lam.

Moga Allah ampunkan kita semua!


******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah


Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

Jom Baca Surah Al Kahfi 3

Jom Baca Surah Al Kahfi 3

Assalamualaikum WBT ya ukhti sekalian..

Alhamdulillah bertemu kembali kita pada hari jumaat yang penuh baroqah ini.


Semoga antum semua sihat walafiat hendakNya.

Sebelum ni kita semua dah tahu maksud dan terjemahan surah Al-kahfi ayat 1 & 2 kan.


so korang semua dah hafal ke belom ni??

kalau belum cepat-cepat lah sayang sekalian baca dan fahal ye..


untuk saham akhirat kita juga nanti dan elakkan diri dari fitnah dajjal.
nauzubillahiminzalik..

Baiklah minggu ni kita sambung dengan ayat seterusnya iaitu ayat ke 3.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Ayat 3

Arab:
مَّٰكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا

Rumi:
Makitsiina fiihi abadaa
Terjemahan:
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
Faham tak maksud ayat di atas tu???


Hah!!tak faham???

baiklah Faza akan terangkan sedikit..

Maksudnya adalah :
Mereka bukan tinggal sekejap-sekejap sahaja. Mereka akan tinggal dalam syurga menikmati segala kemewahan yang tidak pernah terbayang dalam akal fikiran. Hasil dari usaha baik yang mereka lakukan dan iman yang tidak bercampur dengan syirik kepada Allah. 
"... Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik.."
Menarik sekali perkataan مَاكِثِينَ yang digunakan. Ia bermaksud ‘menunggu-nunggu dengan mengharap’. Seperti kalau kita tahu kita akan mendapat hadiah, kita tunggu dengan tidak sabar. Begitulah yang dimaksudkan. Ahli syurga sentiasa dalam keadaan macam itu. Manusia memang sukakan benda-benda yang baru. Sebab itu kita suka mencuba benda-benda yang baru. Masakan  yang baru, permainan yang baru, baju yang baru dan sebagainya. Ianya memberikan kegemberiaan kepada kita. Kita akan bosan dengan sesuatu perkara kalau selalu kita dapat atau selalu kita buat.

Jadi, ahli syurga akan tinggal dalam syurga selama-lamanya. Memang mereka akan mendapat nikmat yang tidak dapat dibayangkan semasa di dunia ini. Tapi kalau sentiasa dapat sesuatu benda itu, walaupun ianya memang hebat, tapi lama-lama akan bosan juga dengan benda itu. Tapi Allah memberitahu dalam ayat ini bahawa penghuni syurga akan tertunggu-tunggu untuk melihat apakah yang mereka akan dapat. Allah akan menambah dengan memberi benda baru. Jadi, penghuni syurga tidak akan bosan sampai bila-bila. Mereka akan gembira sentiasa. Maknanya, bukan sahaja mereka akan tinggal selama-lamanya, tapi mereka akan dihiburkan dengan benda-benda yang baru.

Haaaa dh mula faham ?

Mereka yang dimaksudkan ialah orang beriman masyAllah


Dan orang beriman ini akan mendapat balasan yang baik untuk selama-lamanya di syurga kelak !

SubhanAllah moga kita tergolong..
amin..

Gaisss minggu ni ayat ringkas je tapi hasil dari ayat 1-3 ni kita dah nampak sesuatu yang hebat.

Alquran diturunkan buat kita untuk bantu kita kembali semula ke syurga masyaAllah

Dalam hidup kita yang sudah bertahun-tahun ini pernahkah kita bersyukur atas bantuan yang besar ni.

Allah beri kita panduan kembali ke syurga Tempat abadi yang terindah Tapi berapa kali kita cuba mengikuti panduan ini .

Muhasabah sama-sama :)Wallahualam.

******************************


Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :



Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah


Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)


Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

Checklist Jumaat

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاته

جمعة ❤

2 Zulkaedah 1437H
5 Ogos 2016

Checklist Jumaat

▶️ Potong kuku
▶️ Memakai wangian
▶️ Berpakaian bersih/putih
▶️ Zikir Ya Allah
▶️ Bersugi/siwak
▶️ Mandi sunat

Jangan lupa baca dan hafal surah Al Kahfi. Kalau tak mampu baca keseluruhan surah, bacalah 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir.

Rasulullah S.A.W bersabda,
" Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan diterangi dengan cahaya di antara dua Jumaat. "
( HR Hakim 2/399.Baihaqi, 3/29)

Perbanyakkan Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

اللهم صل على سيدنا  محمد وعل آل سيدنا محمد

Bertambah tahun, sepatutnya bertambah iman. Hypothesis accepted.

#NoteToSelf.
#Kalau tak mampu buat semua jangan tinggal semua.

Semoga terus istiqamah dalam amalan.

******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah

Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

Wednesday, 3 August 2016

Fiqh Wanita : Darah Nifas

Assalamualaikum WBT

Tajuk Besar : FIQH WANITA
Tajuk kecil : NIFAS
Tempat : Group Whatsapp
Masa : 9.15 malam 
Naqibah : Ukhti Fazarina (Founder UMS)

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Bersyukur kita ke hadrat Illahi dapat berkumpul sama sama malam ni untuk membincangkan satu tajuk iaitu Nifas.

Sebelum ni Kita semua dah tahu mengenai darah haid & istihadah.. Jadi minggu ni kita akan mempelajari mengenai darah nifas pulak.


apa yang korang faham sebenarnya mengenai darah nifas ni?? boleh tolong share sikit tak??biasanya siapa yang akan datang darah nifas ni ye??

Bagi yang tak berapa tahu sangat mengenai darah nifas ni, lepas ni faza bagi tahu sedikit sebanyak mengenai darah nifas. In shaa Allah. Semua dah ready ke nak tahu lebih lanjut mengenai darah nifas ni?? kalau dah sila angkat tangan, nak tengok sikit siapa yang masih memerlukan ilmu dalam group ni..hehehe..

Apa yang dimaksudkan darah nifas?

▶ Darah nifas ialah darah yang keluar dari faraj wanita kerana melahirkan anak.

Adakah darah yang keluar sebelum lahirnya anak juga dikira darah nifas?

Sepakat para ulamak menyatakan bahawa darah yang keluar dari kemaluan wanita sebaik sahaja selepas melahirkan anak adalah darah nifas. Namun mereka berikhtilaf berkenaan darah yang keluar bersama dengan bayi atau sebelum kelahiran bayi; adakah termasuk darah nifas atau tidak?

1. Bagi pandangan mazhab Syafi’ie ▶ Darah nifas ialah darah yang keluar selepas lahirnya bayi sepenuhnya. Oleh demikian, darah yang keluar bersama bayi atau sebelumnya bukan darah nifas. Ia sama ada darah haid (jika ia sedang haid kerana mazhab Syafi’ie berpandangan harus wanita hamil kedatangan haid) atau darah fasad jika bukan haid.

2. Di sisi mazhab Imam Ahmad ▶ darah yang keluar dua hari atau tiga hari sebelum melahirkan anak yang disertai dengan rasa sakit, begitu juga darah yang keluar bersama dengan keluarnya bayi adalah dikira darah nifas sama seperti darah yang keluar selepasnya.

3. Mengikut mazhab Imam Malik ▶ darah nifas ialah darah yang keluar ketika bersalin dan selepasnya. Adapun darah yang keluar sebelum bersalin, maka ia bukan darah nifas tetapi darah haid di sisi mereka.

Siapa dalam ni dah penah melahirkan anak? Mesti tahu kan macam mana darah nifas ini. Kepada yang bakal melahirkan anak & yang akan ada anak suatu hari nanti. Mesti tahu membezakan mana satu darah haid, istihadah ataupun darah nifas.

Yang masih bujang tu jangan nak gatal cakap darah yang keluar tu darah nifas tau, sekeh nanti baru tau..hehehe..gurau-gurau..jangan marah tau, nanti kena jual..hahahaha..

Berapa lamakah tempoh paling pendek bagi darah nifas?

Terdapat khilaf di kalangan ulamak dalam masalah ini;

1. Mengikut mazhab Syafi’ie ▶ tempoh nifas paling pendek (selepas seorang wanita melahirkan anak) ialah ialah seketika atau sedetik (لحظة).

2. Para fuqahak yang lain berpendapat ▶ tidak ada had bagi tempoh minima nifas kerana tidak terdapat nas Syarak menentukannya.
▶ Adalah tidak mustahil seorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah nifas sedikitpun. Terdapat riwayat menceritakan seorang wanita pada zaman Nabi s.a.w. melahirkan anak tanpa keluar darah nifas, lalu ia dipanggil dengan nama Zatil-Jufuf iaitu wanita yang kering.

Berapa lamakah tempoh paling panjang bagi darah nifas?

Masalah ini juga diikhtilafkan oleh ulamak;

1. Jumhur ulamak –merangkumi ulamak-ulamak sahabat, mazhab Imam Ahmad, Abu Hanifah, as-Sauri dan sebagainya- berpandangan; tempoh nifas yang paling panjang ialah 40 hari. Pandangan ini berdalilkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita bersalin pada zaman Nabi s.a.w. menunggu (selepas bersalin) hingga 40 hari” (HR Imam at-Tirmizi).
Berdasarkan pandangan jumhur ini; wanita bersalin jika ia mendapati darah masih keluar dari kemaluannya walaupun selepas 40 hari, maka darah yang keluar selepas 40 hari itu bukan lagi darah nifas, akan tetapi darah penyakit (istihadhah). Oleh itu, selepas 40 hari itu hendaklah ia mandi wajib dan menunaikan solat walaupun darah masih keluar. Keadaannya sama seperti wanita yang istihadhah dan tertakluk dengan hukum-hakamnya sebagaimana yang akan diterangkan nanti.

2. Imam Syafi’ie dan mazhabnya mempunyai pandangan berbeza dari pandangan jumhur di atas di mana menurut beliau; tempoh maksima nifas ialah 60 hari. Jadi, jika seorang wanita darah bersalinnya berlarutan selepas 40 hari, mengikut pandangan ini; darah itu masih dianggap darah nifas sehinggalah 60 hari. Dalam tempoh 60 hari itu jika darah masih keluar, tidak harus ia mengerjakan solat, puasa dan sebagainya lagi dari ibadah-ibadah yang mensyaratkan bersuci. Jika selepas 60 hari darah masih lagi keluar, maka ketika itu barulah ia dianggap darah penyakit dan tertakluk dengan hukum-hakam istihadhah dan sulasul-baul sebagaimana di atas. Imam Syafi’ie berhujjah berdasarkan pengalaman, yakni menurut pengalaman dan pemerhatian beliau; terdapat wanita yang pernah mencapai tempoh nifas hingga 60 hari. Adapun tempoh 40 hari yang disebut oleh Ummu Salamah dalam hadis di atas, itu adalah tempoh kebiasaan nifas bagi kebanyakan wanita, bukan bermaksud tempoh maksimanya.

Bagaimana jika kelahiran melalui pembedahan?

Wanita yang melahirkan anak melalui pembedahan, jika keluar darah melalui farajnya selepas pembedahan itu, darah itu adalah darah nifas. Jika tidak ada darah yang keluar, tidak ada nifas baginya dan ia dikira suci.

Kesimpulannya, sama ada seorang wanita itu bernifas atau tidak bergantung kepada keluar atau tidak darah dari farajnya selepas melahirkan anak, bukan bergantung kepada cara melahirkan iaitu melalui jalan biasa atau dengan pembedahan.

Bagaimana dengan suci antara hari-hari nifas? Adakah masih dianggap dalam nifas atau dianggap dalam suci?

▶ Seorang wanita selepas bersalin melihat darah keluar dari farajnya lima hari, kemudian ia mendapati empat hari berikutnya darah berhenti, kemudian datang semula selepas itu selama lima hari; apa kedudukannya pada hari-hari ketiadaan darah itu, adakah ia suci atau masih dianggap bernifas?

Jawapannya ▶ menurut pendapat ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie; jika tempoh berhenti darah itu l5 hari atau lebih, maka ia dikira suci (yakni bersih dari nifas). Darah yang keluar selepas itu dikira darah haid. Adapun jika kurang dari 15 hari, maka ia masih dianggap berada dalam nifas mengikut pandangan yang rajih dalam mazhab. Jika ditakdirkan seorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah sedikitpun selepas bersalinnya dan keadaan itu berterusan hingga 15 hari, maka ia dianggap suci secara keseluruhannya. Jika keluar darah selepas 15 hari itu, maka darah itu dikira darah haid, bukan darah nifas. Dalam kes ini, wanita itu dianggap tidak bernifas.

Bagaimana dengan wanita yang melahirkan bayi kembar?

Bagi wanita yang melahirkan anak kembar, menurut mazhab Syafi’ie ▶ nifasnya dikira selepas kelahiran bayi kedua. Adapun darah yang keluar selepas kelahiran bayi pertama ia tidak dianggap darah nifas, tetapi darah haid jika berbetulan dengan kebiasaan haidnya atau dikira darah fasad/illah jika tidak berbetulan dengan kebiasaan haidnya.

Bagaimana dengan wanita yang keguguran anak? Adakah darah yang keluar selepas gugur itu dikira darah nifas?

Persoalan ini menjadi perbahasan di antara ulamak;

1. Mazhab Syafi’ie berpandangan ▶ tidak disyaratkan untuk dikira darah nifas bahawa bayi yang dilahirkan itu hidup atau sempurna kejadian. Asalkan bidan mengesahkan bahawa yang keluar itu adalah janin manusia maka sabitlah hukum nifas bagi darah yang keluar selepas keluarnya janin itu sekalipun janin itu belum menampakkan rupa manusia iaitu hanya berupa seketul daging semata-mata.

2. Menurut mazhab Imam Malik ▶ seorang wanita dikira bernifas jika janin yang gugur itu telah berumur empat bulan. Jika yang gugur itu baru dalam peringkat ‘alaqah atau mudghah, maka tidak dikira nifas bagi darah yang keluar selepasnya.

Apakah hukum wanita yang berada dalam nifas?

Telah disepakati oleh sekelian ulamak (yakni telah berlaku ijmak) bahawa wanita yang menghadapi nifas hukumnya menyamai wanita yang haid. Oleh itu, dilarang/diharamkan ke atasnya perkara-perkara yang dilarang/diharamkan ke atas wanita yang kedatangan haid. Dan ia wajib mandi apabila kering darah nifasnya untuk membolehkannya melakukan solat, berjimak dengan suaminya dan sebagainya lagi dari perkara-perkara yang tidak harus ia lakukan melainkan setelah mandi wajib.

Wallahualam bissawab

Moga Allah redha.

Wallahua'lam. Berakhir sudah perkongsian untuk kali ini.

Semoga Allah SWT melimpahkan hidayah dan taufikNya bagi kita yang mendapat ilmu baru yang kita telah perolehi.

In shaa Allah.

Dipersilakan berkongsi namun sebarang EDITING dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan TIDAK MENGUBAH atau MEMBUANG mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.


******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah

Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

Monday, 1 August 2016

AURAT ITU AIB

Aurat itu AIB
dan AIB itu AURAT

Maka tutupilah AIB anda kerana Allah..
Menutup aurat dengan sempurna mengikut syariat adalah perintah dari Allah...

So,siapa kita utk menidakkan perintah Allah ini?
Tidakkah kita ini diciptakan oleh Allah untuk sujud dan beribadat kepadaNya semata-mata?
Dengan itu, kita WAJIB mengikut segala perintah Allah dan salah satu daripada perintahNya adalah menutup aurat dengan sempurna...

Allah sayangkan kita wanita, tapi sayang kita telah menganiayai dan menzalimi diri kita sendiri apabila kita gagal mengikut segala perintah Allah SWT...

Allah..
Semoga hidayah milikmu sahabat-sahabat ku yang tersayang...
Aamiin aamiin Yarabbal alaamiin...


******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

ON OFF BERHIJAB

Kejap pakai kejap tutup...
Kejap pakai kejap tutup...
Ingat masuk neraka ni main acah2 jer erk?sat masuk neraka sat keluaq?
Rasa nak pakai tudung..pakai...
Rasa nak tanggal terus tanggalkan dan jadikan DP...

Opsss...kang ade plak yg kata Hajar bajet baik..bajet bagus...bajet alim...xkisahla org nak ckp apa...xtahan dah mata ni dok tgk hangpa dok dedahkan aurat....

Plsla...kalau nak tutup aurat tutuplah betul2..
Jgn pakai tdung tpi blengan pendek,berbaju ketat dan sendat smpai nak nyawa pun susah...
Pakai tdung tapi tang dada terjojol...pening...lelaki smpai nak pitam tgk hangpa xtau malu dok tayang2...
Bila org tgk hangpa marah tapi hangpa yg dok free of charge menayang sapa suruh....

Pakai tudng sat...pastu skli lagi tgk la xpakai plak dah...
Hangpa ni main2 nooo dgn perintah Allah...
Ini perintah Allah tau x...bkn printah PM ke atau Sultan ke...ini perintah dari Sang Pencipta...
Sombong hangpa nooo...
Ish...ish...ish...SPEECHLESS teruih ....
Adoyai....
Pesanan ini buat diri sndiri dan famili check dulu....
Yg dkat maupun yg jauh...
Yg sepupu...dua pupu..tiga pupu...
Bau2 bacang...besan..bekas besan...siapa2 shajalah jnji famili check...
Kemudian pd yg sudi nak baca tarbiah extra sentap ni...
Yg boleh terima teguran kasaq ni Alhamdulillah pd yg x boleh ini mungkin ada masalah hati..hehehe
Pilihan dtgn anda....

******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

Checklist muslimat



Khas untukmu wahai muslimah.. Kerna dirimu begitu berharga  Seindah hiasan adalah wanita solehah.

Jom buat 'checklist' sebelum keluar. Tgk cermin & tanya diri sendiri, Allah redha x dgn pakaian yg kita pakai..

1. handsock  walaupun kita dah mengenakan baju lengan panjang, tapi mst pakai handsock juga sbb tkt lengan terdedah tanpa sengaja.


2. Stokin  ramai muslimat xsuka pakai stokin sbb tkt panas..ingat ye..kaki pun aurat hawa2 sekalian..biar kaki panas ketika sebab berstokin daripada kaki panas di sambar api neraka sbb x tutup aurat..


3. Baju ketat  jangan memakai baju ketat & jarang, pakailah baju yang labuh sehingga lutut agar aurat kita terpelihara. Jangan pakai baju adik2 kamu ye 😄.


4. Bongol unta  ikat sangul rambut jgn sampai menampakkan bongol unta. Rendahkan sangulan rambut anda. Tudung mestilah melepasi dada. Jangan menggunakan tudung yang jarang dan pendek..


5. Mekap  jangan menggunakan mekap terlalu tebal sbb tkt tabaruj..cukup secara bersederhana sahaja.


6. Niat  tajhid niat sblm kluar dari rumah..semoga pakaian yg kita pakai dapat redha ibu & ayah sbb redha Allah terletak pda redha mak ayah

semoga menjadi wanita solehah..in shaa Allah


******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah

Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

Hijab bukan hanya pada tudung



Assalamualaikum wbt 🍃
"Asyik pakai tudung je hari-hari. Tak teringin nak freehair ke?"
"Asyik bernafas je hari-hari. Tak teringin nak mati ke?"
-Sumayyah Khayyath-

Jika sudah berubah ke arah kebaikan , kekalkan ❗️
Jangan fikir apa manusia kata TETAPI fikir la apa yang Allah swt akan kata ✅

Dan jika ada niat utk berubah ke arah kebaikan, teruskan jangan tangguh 💢
Sebab apa 
Sebab syaitan ni dia maha dalam bab menghasut ⚠️

Moga kita semua sentiasa diberkati Allah swt dan sentiasa dilindungi Allah swt 
😊


******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah

Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

Tutup aurat atau membalut aurat?



Menutup aurat dan membungkus aurat tu tak sama. Ianya berbeza okay. 

T A K S A M A 

Rasa nak tegur je perempuan yang bertudung tapi berseluar legging ketat. 

Yang jenis nampak bentuk kaki dan peha nya.
Yang berbaju ketat nampak lengan nya. Yang bertudung pendek bersilang pangkahnya.
Yang mendedahkan dada tidak menutup nya.

Tapi aku tak memiliki kekuatan itu untuk menegur. Yang hanya mampu aku lakukan hanya lah tembak mereka melalui doa. Semoga di berikan taufiq dan hidayahNya.. Supaya mereka fikir dan sedar. Permakaian mereka itu masih lagi tidak ada dalam ketegori menutup aurat dengan sempurna.

Bertudung tetapi menampak kan kaki.
Bertudung tetapi menampak kan dada.
Bertudung tetapi menampak kan lengan tangan.

Masih tak sempurna.
Mohon perbaiki sedikit demi sedikit.
Menutup aurat itu bukan hanya bertudung dan rambut sahaja. Tetapi keseluruhan nya.

Fesyen yg trkenal dri dlu smpai skrang ialah fesyen 'barut nangka' sampaikan jubah pun dah jadi fesyen 'barut nangka'.. bangga buah nangka

Sy sayang Bakal cinta hati sy. Sy sayang ayah sy. Sy sayang abang sy. Sy sayang adik lelaki sy. Sy tak mahu biarkan mereka terjunam ke neraka di sebabkan aurat sy. Nauzubillahi min zalik.


******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah

Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang