Iaitu solat yang dilakukan dengan memenuhi segala rukun-rukun dan sunat-sunatnya dalam keadaan tenang, khusyuk dan penuh penumpuan. ciri-ciri solat yang sempurna ialah;
1. Orang yang melakukannya meyakini bahawa solat yang dilakukannya adalah sebagaimana solat Nabi Sallallahu 'alaihi wasalam.
2. Setiap pergerakan di dalamnya dilakukan dengan toma'ninah (Tenang, tertib, sopan dan tidak tergesa-gesa).
3. Lidah menyebut dengan elok dan fasih bacaan-bacaan di dalam solat terutamanya ayat-ayat Al-Quran.
4. Bacaan-bacaan di dalam solat difahami maknanya sama ada bacaan itu berupa ayat-ayat Al-Quran, Zikir atau Doa kerana memahami makna membawa kepada penghayatan terhadap apa yang dibaca itu.
5. Hati dalam keadaan khusyuk dan memberi penumpuan kepada solat iaitu tidak lalai atau alpa.
Apa hukum mengetahui kaifiyat solat Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-? Bagaimana caranya?
Hukumnya adalah Wajib kerana Nabi SAW bersabda (Dalam bentuk Perintah); "Kerjakanlah solat sama sebagaimana kamu melihat aku mengerjakan solat". (Riwayat Imam Al-Bukhari dari Malik Bin Al Huwairith r.a)
Untuk mengetahui kaifiyat solat Nabi SAW, caranya adalah melalui riwayat-riwayat yang sahih dari para sahabat yang menceritakan bagaimana Nabi SAW mengerjakan solat bermula dari niat dan takbiratul ihram sehinggalah kepada memberi salam.
Apa persediaan yang perlu dilakukan sebelum menunaikan solat?
- Bersih dari hadas dan najis.
- Memakai pakaian menutup aurat.
- Memastikan telah masuk waktu solat yang hendak dikerjakan itu solat fardhu atau solat sunat yang berwaktu seperti dhuha dan sebagainya.
- Memastikan arah qiblat.
- Persediaan batiniyah, iaitu melapangkan hati dan akal fikiran dari segala urusan dunia dan memberikan tumpuan kepada solat sahaja.
Apa akibatnya jika solat tidak dilakukan dengan sempurna?
Menyebabkan solat tidak sah jika yang tidak disempurnkan itu adalah perkara rukun dan hilang pahala jika yang tidak disempurnakan itu perkara sunat. Di dalam sebuah hadis, Abu Hurairah r.a menceritakan; "Suatu hari Nabi SAW berada di dalam masjid. Masuk seorang lelaki lalu mengerjakan solat. Kemudian ia datang kepada baginda dan memberi salam. Setelah menjawab salamnya, baginda berkata kepadanya; "Ulangi semula solat kamu. Sesungguhnya kamu belum mengerjakan solat". (Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa solat yang dilakukan tanpa memenuhi rukun-rukunya sama seperti tidak melakukannya, kerana itu disuruh oleh Nabi SAW supaya mengulanginya semula.
**************************************************
Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :
Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah
Wechat : Usrahmuslimahsolehah
Instagram : usrahmuslimahsolehah
Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/
Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)
Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah
Twitter : @Usrahmuslimahsolehah
Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang
No comments:
Post a Comment