Tuesday 9 February 2016

Solat : relaks dengan solat

Assalamualaikum WBT 

Tajuk Besar: SOLAT
Tajuk kecil: Relaks Dengan Solat
Tempat: Group Whatsapp
Masa: 9.15 malam
Naqibah: Ukhti Fazarina (Founder UMS)

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Bersyukur kita ke hadrat Illahi dapat berkumpul sama sama malam ni untuk membincangkan satu usrah .

Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa solat sebenarnya memberi suatu kerehatan bagi orang yang mendirikannya. 
Diriwayatkan daripada Saiyidina Huzaifah: 'Apabila Rasulullah s.a.w mengalami suatu kesulitan, baginda akan segera mengerjakan solat' 
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Tindakan rasulullah ini selaras dengan anjuran Allah s.a.w yang bermaksud: "Dan pintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat" -Surah Al-Baqarah ayat 45).

Solat itu bukti memberi kerehatan
Hati tenang menghadapi ujian.

Solat ialah sebesar-besar dan seutama-utama zikrullah. Firman Allah s.w.t mafhumnya dalam surah taha ayat 14 bermaksud: 
"Dan dirikanlah solat untuk mengingatiku".

Hati yang mengingati Allah akan mendapat ketenangan. Ini dapat dilihat dalam firman Allah s.w.t yang lain, (surah ar-ra'd ayat 28) 
"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang". 

Ketenangan itulah kekuatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. 

Kita menghadapi ujian bukan dengan kekuatan otot dan fizikal, tetapi kekuatan hati. Hati yang tenang tidak akan mudah kecewa  bosan, putus asa dan marah apabila berdepan dengan kegagalan, kesakitan, kekurangan dan kekalahan dalam hidup. 

Semua pernahkan rasa kecewa dan segala yang meletihkan di dunia ni.
Tapi bila kita melakukan solat dengan sepenuh perhatian kpd Allah, automatik hati akan tenang setenangnya. 
Ya kan. subhanallah

Mendapat jagaan Allah s.w.t. 

Macamana tu dapat sepenuh penjagaan dari Allah? 
Okay, nah... Dalam solat, seseorang akan mendapat penjagaan Allah s.w.t hasil daripada menjaga hukum Allah. 

Rasulullah s.w.t bersabda yang bermaksud: "Jagalah Allah, Allah akan menjaga kamu" 
(Riwayat Ahmad). 

Tambahan pula, Abdullah bin Salam pula pernah berkata: "Sekiranya keluarga Rasulullah s.a.w ditimpa sebarang kesempitan, Baginda akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membacakan ayat Allah berikut: 
(Dan perintahkan keluargamu (serta umatmu) mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun dan sabar mengerjakkanya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kami yang memberi rezeki kepadamu. dan ingatlah kesudahan yang baik bagi orang yang bertakwa." M
-Riwayat At-Tabrani-

Oleh itu, sesiapa yang menjaga solatnya akan perolehi penjagaan dari Allah spt diselamatkan dari bencana, malapetaka dan sebagainya.

Macam mana kita nak tahu Allah jaga kita? 
Tengok kepada Allah mudahkan urusan dunia kita. Kerja yang kita lakukan terasa mudah, senang dan dapat disiapkan dengan segera. 

Alhamdulillah

Solat adalah kaedah dalam meluahkan perasaan

menjadi kebiasaan dalam hidup manusia akan ditimpa masalah atau tekanan. Tapi, bagaimana cara diatasi untuk kurangkan tekanan hidup?  
Para psikologi ada mengatakan bahawa sekiranya ditimpa masalah, sewajarnya diluahkan melalui orang kedua dan elakkan dari memendam. Tapi siapa @ apakah pihak kedua tersebut?? 

✏ Luahan dengan tulisan ✏
Tidak dinafikan bahawa kebanyakan orang menggunakan perantaraan tulisan untuk meluahkan perasaan/ tekanan.Bukti yang dapat dilihat dengan buka sahaja laman sosial sekarang ada sahaja orang yang meluahkan perasaan. Tak kira rasa marah , sedih , gembira , dan sebagainya. 
luahan melalui tulisan secara tidak langsung dapat meredakan perasaan tersebut malah seseorang akan lebih rasional dan jelas tentang apa yang dihadapi.

Luahan dengan orang yang dipercayai
Mencari seseorang yang paling dipercayai dan luahkan segala masalah itu kepadanya juga bentuk luahan yang diguna pakai kebanyakan orang. Kebiasaannya, ada yang meluah bukan mengharapkan penyelesaian kepada masalah tersebut. Tetapi cukup sekadar untuk melepaskan apa yang membebani fikiran. 

 Baginya, dengan menceritakan dan berkongsi segala yang terpendam menjadikan mereka tidak berseorangan dalam menghadapi masalah tersebut. Cukup melegakan jiwa. 


Namun, dalam kebanyakan kaedah luahan tersebut, ia tidak dapat menandingi kaedah luahan solat
Benar, ia tidak dinafikan bahawa solat adalah kaedah yang terbaik. Ia umpama wayar dan talian hayat dalam kehidupan manusia.

Tapi bagaimana??
Nah.... 
Dalam solat, seluruh anggota dalaman( hati, jiwa, perasaan) dan pancaindera kita berhubung terus kepada Allah s.w.t. 

Oleh itu, terdapat ulama mengatajan solat itu adalah satu bentuk hubungan antara hamba dengan tuhannya. 

Cuba bayangkan, kita yang lemah, jahil, hina, tak berdaya berhubung dengan si Dia yang maha perkasa, maha mengetahui, maha mulia, maha kaya dan Maha segala-galanya. 

Oleh itu, untuk kita berhubung kepada Allah, kita menjadikan solat itu sebagai wayar perantaraan. Dan juga talian hayat kepada hambaNya.

Apa misalan talian hayat yang kita ada??

Berhajat
Sekiranya kita mempunyai hajat dalam sesuatu perkara, talian hayat yang kita ada adalah dengan melakukan solat sunat HAJAT. 

allah s.w.t takkan pernah mengatakan tidak kepada permintaan kita. Seperti mana dalam surah Al-Mu'min, ayat 60
"Pintalah, nescaya akan Aku Kabulkan." 

Kekeliruan
Ukhti, macam mana pulak saya keliru dalam dua perkara? Apa talian hayat yang saya ada??

Aiwah, kita masih punyai taliam hayat "istikharah"

Istikharah itu adalah sekiranya kita keliru untuk membuat keputusan dan melakukan pertimbangan. In shaa Allah, Allah akan berikan ketenangan emosi dan kestabilan fikiran untuk membuat keputusan. Malah, kita akan dipandu ketika memilih kebaikan di tengah-tengah jutaan kecelaruan.

Rezeki
Solat yang terbaik untuk dilakukan dalam meminta diluaskan rezeki untuk kita adalah dengan menggunakan talian hayat 'Solat Dhuha' Ya!! Solat ini adalah pembuka rezeki kepada kita sama ada dari bumi atau langit. Namun begitu, solat fardhu tetap menjadi tonggak utama dalam kehidupan kita. 

Akhir kalam dari saya, dengan kembalikam segalanya kepada Allah, tidak menjadikan kita hilang segalanya, tetapi, ia akan mencukupkan kita dengan apa yang lompong pada hidup kita. 

Ya. 
Selagi kita bersama Allah, selagi kita menunaikan solat, kita akan kuat menghadapi apa jua cabaran.

Mutiara kata
Akan datang 1 masa dalam hidup kita, kita hanya ada Allah untuk kita luahkan segala-galanya. Nak luah kat manusia rasa tak mampu. 
Bila sampai waktu tu, carilah Allah. Menangislah dalam sujud. Luahkanlah segalanya. Allah rindu nak tunggu kita mengadu padaNya.  
Waktu tu, runtuhlah tembok ego dalam diri kita. Kita akhirnya terpaksa akui yang Allah Maha Berkuasa. Dialah segala-galanya dalam hidup kita.

Allah s.w.t tak pernah mengatakan TIDAK dalam permintaan kita. 
Tapi, Dia meletakkan 3 cara untuk mengabulkan permintaan kita. 
1. Ya. 2. Tunggu dahulu. Bersabar. 3. Dia punyai perancangan yang terbaik untuk kita.

Wallahualam bissawab

------------------------------------------------

Moga Allah redha.

------------------------------------------------

Wallahua'lam. Berakhir sudah perkongsian untuk kali ini.

Semoga Allah SWT melimpahkan hidayah dan taufikNya bagi kita yang mendapat ilmu baru yang kita telah perolehi.

In shaa Allah.

Dipersilakan berkongsi namun sebarang EDITING dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan TIDAK MENGUBAH atau MEMBUANG mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah

Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang