Tuesday 29 November 2016

Sirah Islam

KISAH SRIKANDI ISLAM
Rabiatul Adawiyah
Siti Khadijah
Nusaibah Ka'ab
Khaulah Al-Azwar
Aisyah Abu Bakr

Palestin

Saat aku diam-diam, “senang” melihat api di Israel sedang marak membakar. 
Mereka beritahu, api marak terlalu cepat .
Mereka berkata Israel diistiharkan darurat .
Mereka menulis Israel mohon bantuan memadamkan api .

Aku mencemuh .
Aku marah .
Aku tak suka .
Pada aku, biarkan Israel terbakar. 
Mungkinkah doa-doa orang teraniya sedang dimakbulkan ?
Hati aku tertanya -tanya .

Biarkan .
Biarkan mereka rasa !
Rasa akan penderitaan yang telah kalian rasakan selama ini .Apa yang telah mereka buat pada kalian, Palestine .

Tapi, saat ada yang berkongsi, 
Palestine bersedia menawarkan bantuan, 
Kepada Israel untuk memadamkan api .
Hati aku luluh .
Bukan kecewa .
Tapi sayu .

Malu .
Malu akan sifat mu .
Betapa mulianya hatimu Palestine .
Sangat mulia .
Saat kalian masih teguh dan tegar menghulurkan bantuan,
buat tangan-tangan yang telah berbuat zalim dan jahat kepadamu .

Aku juga telah terlupa,
“tanah” Israel yang sedang terbakar,
Dulunya adalah milik Palestine yAku juga telah terlupa,
“tanah” Israel yang sedang terbakar,
Dulunya adalah milik Palestine yang telah dirampas .
Sehinggakan ada yang berkata,
Api tunduk dan padam,
kerana tuan tanah Pemilik asal (rakyat Palestine),
datang memadamkan .
Mulianya hati dan akhlak kalian . 
Semoga mampu dijadikan teladan .

Cukuplah akhlak kalian membuat aku malu dan cemburu . 
Dan cukuplah sebaris kata hikmah membuat aku sedar dan sebak; “Be like the flower that gives its fragrance to even the hand that crushes it".

Hijrah Pendosa

Sekarang mindset kita masuk sk agama. Pakai jilbab niqab purdah. Ngaji2 dan hafal dah selamat. Tapi tak. Pergi tempat baru, ujian dia lagi besar babe. Time tu setan tak kira dah kau sk agama ke sk international ke sk harian biasa ke janji kau ni umat Muhammad dia akan hasut sampai kau lupa segala tarbiah yang kau bljr dulu.

Aku sendiri saksikan ramai je kawan2 aku dari sekolah agama, dah 'lupa diri' datang ke tempat baru. Jadi 'orang lain' meskipun imej luaran tak berubah. Aku taknak mengata depa sbb aku sendiri well ada dosa jugak. Cuma aku 'terpaksa' share sebab nak bukak mata kau luas2 bahawa siapa pun asal usul kita, benda tu Allah boleh tarik bagi kita 'lupa' kejap. 

Sebab tu nak kahwin nanti, please jangan kecikkan fikiran kau nak yang purdah, kopiah, jubah dsb.

Nanti dulu gais ✋
Dengar dulu. Aku tak kata dosa kau cari org macam tu malahan Alhamdulillah dpt jaga luaran dia seelok eloknya cuma sekarang nak nilai org bukan dari pakaian tapi dari perbuatan.

Ingat, pakaian bukan tanda kita dah beriman tapi biar perbuatan yg menilai segalanya samada beriman atau tak  ☝

Tapi tak semua mcm tu. Ada je yang benar2 cintakan sunnah then dia pakai kopiah,jubah dsb dan dalam diam dia beramal. Dan ada jugak yg jenis pakai seluar jeans ketat, baju tshirt, rambut mcm apa ntah tapi 30 juz babe.

 Haha.. golongan2 yang aku mention kat atas semua aku dah saksikan sendiri. So apa salahnya aku share dgn apa yg ak dapat. Kan?😊

Dan tak semua ya. TAK SEMUA yang 'luar lain dalam lain' . Contoh, ada je kawan ak yg faham konsep NIQAB dan giat menjalankan dakwah eventho dia tak dedahkan  siapa dia. Ni salah satu yg benar2 'berjaya' 💞

Jadi nak berkawan tu jangan aim sape tu jahat lah baiklah. Sebab kita takkan kenal someone tu betul selagi tak 'sebumbung' dgn dia baik kawan mahupun suami isteri.

Well said. Dunia skrg ni macam2. So prepare jelah. Aku nasihat sbb aku syg 💞

Apa yang aku nak highlight kan kat sini adalah takpe kalau kau bukan dari 'benih' yg baik. Its okay eventho kaulah yg plg jahiliah dulu. Yg penting dalam penghijrahan kena istiqomah. Kena mantain je kau punya 'power' . Kalau low sangat , nanti mati. Kalau power sangat , bahaya jgk. So go with the flow je dan sentiasa ada nak berubah. Itu penting ☝

Ada niat nak pakai tudung.
Ada niat nak pakai baju besar2.
Ada niat nak pandai baca al-quran.
Ada niat yang baik2lah. 

Itu semua dikira Alhamdulillah.

So bagi yang dah penuh ilmu agama di dada, alhamdulillah cuma nasihat aku yang banyak saksikan golongan macam kau terkandas di tengah jalan , sebaiknya cuba kau explore dunia sebenar. Jangan kau duduk terperuk dalam 'mindset' kau semata2. Bukan apa wei, aku takut kau jadi mcm org2 yg pernah aku berjumpa. Yang rebah, tarbiah hilang entah ke mana, dan terus mendongak ke langit.

Sebab apa???

Sebab dia tak buat PERSEDIAAN dari segala aspek. Sebab tu jadi mcm tu. So berkawanlah dengan semua org eventho dialah yg paling 'setan' dekat uni, sk dsb. 

Firstly, minta maaf kalau ada kurang setuju dengan pendapat aku. Aku cakap sebab aku dah belasan tahun duduk dalam 'dunia jahat' ni. Bila aku hijrah aku nampak ramai golongan lagi baik dari aku b4 this terkandas dalam perjalanan. Aku tak nak ah jadi mcm ni. 

So aku nasihat korang please abad sekarang ni kau tak boleh tunggu, kau kena cari dan cari. Bila kau cari in sha Allah jumpa, bila jumpa kau pegang kuat2 apa yg kau belajar tu then datanglah apa2 pun in sha Allah masa tu Allah akan jaga kau sebaiknya sebab kau dah buat preparation.

Macam kau  nak gi exam. Pen xbawak. Slip exam tak bawak. Ic tertinggal. Kau rasa pengawas tu nak bagi kau masuk dewan ke? Same goes dgn life kita. Kena preparation esp for someone yg mmg dah ada 'agama' dalam diri dia. Kau yg plg kena kuat sbb kami yg jahil dulu dah tahu zaman jahiliah mcm mana . Kami dah buat semua dosa2 tu. Kau tu yang x pernah rasa semua. Takut2 kau turut sama hanyut bila keluar dari dunia kau skrg ni.

Ya Allah... semoga kau memberikan kami hidayah dan kekuatan untuk bermujahadah. Amin.

Kelebihan bersedekah

Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat?

Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?
Mari kita baca jawapannya...
------------------------------------------------

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Satu
Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Dua
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Tiga
Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

Empat
Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

Lima
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.

Enam
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia.

12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa.

15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah

Perlukah kita dianggap sebagai orang baik?

Seorang ulama bertanya,

"Perlukah kita dianggap sebagai orang baik?"

Hadirin terdiam. 

Ulama itu menyambung,

"Tidak perlu.

Yang perlu adalah MENJADI orang baik.

Kerana anggapan orang bukan apa-apa. 

Sekali lagi, bukan apa-apa nilaiannya.

Pandangan siapakah yang paling utama?

Tentulah pandangan ALLAH yang jauh lebih penting dari manusia.

Apakah Allah tidak tahu apa yang kita kerjakan?

Apakah pandangan Allah ada tersilap?

Apakah penilaian Allah ada meleset?

Apakah sangkaan Allah ada yang salah?

Tidak mungkin.

Apakah Allah tahu kebaikan dan keburukan kita lakukan?

Pastinya, sebab Allah Samiul Alim.

Sangat tahu segalanya. Sangat halus dan sangat teliti penilaianNya.

Lalu, kenapa harus stress sampai sesak nafas memikirkan pandangan orang lain kepada kita?

Kita benar berbuat baik, masih ada yang mengganggap seperti berpura-pura baik.

Kita benar berbuat baik, masih ada manusia yang mengganggap kita menunjuk-nunjuk, riak dan takabbur.

Kita benar berbuat baik, masih ada manusia yang akan mengatakan sebaliknya kerana hasad dengkinya.

Kita benar berbuat baik, masih ada manusia akan membuat fitnah dan menjatuhkan kerana tidak suka.

Bukankah itu semua melelahkan kita?

Betapa pandangan manusia teramat konyol, terbatas, tidak mampu melihat zahir dan batin seluruhnya.

Sedangkan Allah maha tahu segalanya walau sebesar zarrah, betapa sangat besar dan bernilainya amal kita di sisi-Nya.

Tetaplah berbuat kebaikan dan menjadi orang yang baik.

Buktikan menjadi hamba terbaik di hadapan Allah, bukan untuk manusia."

.

Subhanallah.

Betapa Maha Baiknya Allah.

Tenanglah duhai hati bila orang mengata, mencaci atau menghina sewenangnya.

Tenanglah duhai diri bila orang memberi pelbagai persepsi buruk yang tidak sepatutnya.

Cukuplah selalu ada Yang Maha Baik memerhatikan segalanya. 

-Hikmatul Islam

PESANAN SUPAYA RENDAH DIRI

PESANAN SUPAYA RENDAH DIRI

Saya ingin memesan beberapa perkara supaya sama-sama kita usaha untuk rendahkan diri.

1) Cuba korang fahami dengan mata hati ayat quran ni:

“Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang berilmu beberapa derajat ..“ 
(Al Mujadilah: 11)

Apa yang korang faham?

Dalam ayat ni, Allah sebut bahawa ORANG BERIMAN dan BERILMU akan di naikkan darjat. Dan, tahukah kalian, tanda seseorang itu berilmu ialah dia tidak sombong dan TAWADHUK(rendah diri)?

“Termasuk buah dari lmu yang paling agung adalah sikap tawadhu’. Tawadhu’ adalah ketundukan secara total terhadap kebenaran, dan tunduk terhadap perintah Allah dan rasul-Nya dengan melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Allah…”
(Bahjatu Qulubil Abrar)

Ramai orang ingat, bila dia ego, sombong gila bapak, dia MULIA. Dia bangga bila dia dapat rendahkan orang lain, mengutuk orang, mencaci orang, mengaibkan orang, merendahkan orang dan sebagainya. Tapi, sebenarnya mereka langsung tak mulia.

Orang sombong ni ibarat burung. Semakin burung terbang tinggi ke langit, semakin ia di pandang kecil. Sama juga macam kita. Lagi kita meninggi diri, lagi manusia akan pandang kita ni hina dan kecil. Bukan di sisi manusia je, bahkan Allah pun anggap kita ni kecil dan hina.

2) Imam Hajar menyebut dalam kitab Fathul Bari:

“Tawadhu’ adalah menampakkan diri lebih rendah pada orang yang ingin mengagungkannya. Juga, ada yang mengatakan bahwa tawadhu’ adalah memuliakan orang yang lebih mulia darinya.”

3) Imam Hasan Albasri menyebut:

هل تدرون ما التواضع؟ التواضع: أن تخرج من منزلك فلا تلقى مسلماً إلا رأيت له عليك فضلاً

“Tahukah kalian apa itu tawadhu’? Tawadhu’ adalah engkau keluar dari kediamanmu lantas engkau bertemu seorang muslim. Kemudian engkau merasa bahwa ia lebih mulia darimu.”

4) Yahya bin Ma’in berkata:

“Aku tidaklah pernah melihat orang semisal Imam Ahmad! Aku telah bersahabat dengan beliau selama 50 tahun, namun beliau sama sekali tidak pernah menyombongkan diri terhadap kebaikan yang ia miliki.”

Fuh. Subhanallah….

Moga pesanan ulama’ ini memberi manfaat buat kita semua!

Monday 28 November 2016

Jangan jadi terlalu murah

Perempuan, jangan jadi terlalu murah. Dipujuk lelaki sikit, jatuh lentok. Pm tak berhenti. Otp setengah hari. Selfie hantar pada ajnabi.

Apa awak nak bagi buat suami nanti. Hanya sisa yang tertinggal? Itu je nak bagi? Are you serious?

"Hello! Kami akan kahwin okey...."

*cubit pipi. 
Alahai... comel cakap gitu. Awak yakin ke jodoh awak dengan dia? Sedangkan yang bertunang boleh putus. Inikan pula hubungan terlarang.

Katalah memang jodoh awak dengan dia, tetap kena jaga batas. Sedangkan yang tunang punya batas. Inikan awak yang hanya 'couple islamik' kononnya. Awak tak malu pergunakan agama?

Awak tahu awak buat dosa, tapi awak masih tetap leka? Awak duduk dalam dunia siapa? Mak awak tak kisah? Sebab dia fikir awak kawan biasa. Ayah awak tak kisah? Sebab awak sebenarnya berahsia.

Saya tak naklah cakap,

"Hoi, cepat putus! Tak payah couple!"

Tapi, saya nak cakap,

"Duhai sahabat yang saya kasihi. Tak mahu saya bersendiri di syurga. Mahukan teman bergurau senda. Awak, jom tinggalkan dosa. Kita cari redha Allah sama-sama. Awak sudi tak berpegangan tangan dengan saya ke jannah?"

Ya. Tegur perlu hikmah. Tapi, hikmah bukan bermakna lembut selamanya. Adakala, perlu tambah perisa. Asyik makan bubur kacang je, hari ni kita makan bubur kacang durianlah pulak. Begitulah perumpamaannya.

Hikmah itu sesuai dengan keadaan. Dalam cuaca panas, kita pasang air-cond. Dalam cuaca hujan, kita pakai payung. Tapi, tetap pakai tudung, tetap tutup aurat. Tak faham? Awak boleh tanya direct kat saya.

Meleret sudah. Kalau tak dihentikan sekarang, pasti lebih berjela. Jadi, saya menjeda bicara. Sambung lagi bila-bila. Kalau hidup lagi la. 😁

Kelebihan berwudhu

mula mahu menjaga solat pada awal waktu.
Aku mula mahu menjaga lisan perkataan
Aku mula mahu mendirikan solat sunat
Aku mula mahu mendalami Alquran
Aku mula mahu menjaga diri dengan berpakaian baik(tutup aurat)

Dan paling gila sekali

Aku mula berpurdah.

Wudhuk sememangnya air yang dashyat. Air yang mujarab. Benar kata Allah. Setiap penawarnya itu adalah daripada dia.
Jadi bila kita gunakan apa yang diajar oleh ilahi, inn shaa Allah kita mula dapat untuk penawar hati dan fizikal.

Dahulunya kulit aku agak gelap, kini makin putih. Ya benar, aku memakai produk lain tetapi takdelah putih begini sekali.
Dahulunya aku ini suka berkata bukan bukan, kini aku menjadi pendiam untuk menjaga lisanku.
Dahulunya aku suka dengar lagu rock, kini aku suka dengar lagu yang bernada perlahan..

Aku mula merasa perubahan ini dan adakah ini berkat pengambilan wudhuk secara harian??


....


2 minggu sudah tiba. Aku duduk di surau dan menunggu gadis itu.
Dan akhirnya aku mula melihat kelibatnya.
Dia agak terkejut melihat kelibat aku, mungkin kerana pemakaian aku yang jauh sekali lainnya.

"Waaa dah berpurdah, cantiknya"
"Eh, awak ni"
"Kita solat dulu, then kita sembang kemudian"


Sewaktu mengambil wudhuk, aku masih melihat kelibatnya..
Mulutnya masih terkumat kamit.
Aku turuti langkahnya.
Sesudah sahaja aku selesaikan tuntutan wajib, kami mula duduk bersemuka wajah.

"Jadi, saya nampak banyak jawapan dari diri awak"

Aku terdiam "betul juga apa awak katakan, erm awak ceritalah apa fadhilatnya"

"Eh bukan awak sudah tahu?"
"Tapi saya nak tahuu dari awak"

Gadis itu tersenyum dan melihat aku dengan senyumannya paling memukau.
"Wudhuk ni tujuannya bukan sahaja untuk diri. Tapi untuk menyucikan diri. Bila kita jadikan wudhuk itu menjadi amalan harian, bermakna kita ada berusaha untuk menjaga diri kita sentiasa suci. Manusia sering melakukan dosa. Sedar atau tidak, dosa itu tetap mengalir. Tandanya manusia itu tidak sempurna. 
Tahu apa Allah pernah berkata
"Barangsiapa mengambil wuduk dengan baik, dosa dosanya akan megalir keluar di celah2 kukunya"

Bukankah itu bonus untuk kita?? Wudhuk itu juga penyeri wajah. Malah akan ditambah cahaya di wajahnya. Wuduh juga akan mendidik kita untuk menjaga diri dan menjaga apa yang perlu dijaga. Misalnya setiap lisan dan melihat.
Jika benar kita orang yang solat, sudah pasti mulut dan mata akan terjaga. Sebab apa??
Sebab kita dapat keberkatan air wudhuk itu.
Wudhuk ni juga mendidik kita untuk belajar tunaikan solat sunat dalam harian. Bila perkara sunnah sudah diamalkan inn shaa Allah perkara solat tambahan mampu dibuat"

"Waaaa besarnya anugerah wudhuk "

"Yup, tapi ramai tak perasan. Wudhuk ni awet muda jugak tauuu"

"Patutlah awak selalu cntik" aku tertawa kecil mengusik gadis itu.

"Isshhh budak  ni"


Kami tertawa kecil..
Terima kasih allah :')

Lelaki menyentuh wanita

Kenapa lelaki sekarang sanggup menyentuh wanita bukan mahram?

1. Sebagai bukti seorang lelaki yang tak layak dijadikan suami.
2. Sebagai bukti seorang lelaki yang lemah iman.
3. Sebagai bukti seorang lelaki yang tak takut azab Allah.
4. Sebagai bukti dirinya murah.
5. Sebagai bukti dirinya tidak mampu menjadi penyelamat maruah wanita.

Wanita pula.....kenapa sanggup membiarkan lelaki bukan mahram menyentuh mereka?

Antaranya...

1. Berpengetahuan tentang Islam tetapi tidak meresap hingga ke dalam hati dan jiwa.
2. Terlupa akan kematian yang sentiasa mengekori kita.
3. Taksub pada cinta dunia.
4. Tidak takut dengan azab api neraka.
5. Harga diri yang murah.

Jadi, mahukah kita memilih lelaki sebegini sebagai suami?
Mahukah kita menjadi seorang wanita yang dipandang murah?

Jika selama ini banyak melakukan kesilapan seperti di atas, berubahlah. Biarlah kita menjadi wanita yang mahal dan berharga. Bukan sewenang sewenangnya disentuh orang.

Jika sebagai lelaki, berubah lah menjadi lelaki soleh yang mampu membimbing. Bukan yang merosakkan wanita dan merendahkan maruah diri. Pakai tudung tak wajib, yang wajib tutup aurat dengan sempurna☝

Jangan highlight word/  'pakai tudung tak wajib'..

But, highlight word 'yg wajib tutup aurat dengan sempurna'.

pakai tudung semua bolehh. tapi, pakai tudung yang melabuhi dada tak semua boleh . kenapa yaa?

pakai baju lengan panjang semua bolehh. tapi, pakai baju lengan panjang, longgar dan labuh tak semua boleh . kenapa yaa?

pakai seluar panjang semua bolehh. tapi, pakai seluar panjang yang tak nampak bentuk kaki tak semua boleh . kenapa yaa? . 

haa macam mana pula dgn stokin, handsock ?

"eee, susahlah!" 
"tak biasalah"
"panaslah"
"kolotlah" 
alasan!..
alasan apa tu awak?
awak, awak mahal tau . bahkan sangat mahal .
awak rasa tak rugi ke awak? tak rugi ke bagi orang tengok aurat awak free2? kesian future husband awak . segala yang awak ada dah tayang sana sini . Okey, itu satu . lagi satu paling utama . Tak kesian pada ayah awak? Insan yang berjuang untuk membesarkan awak . Mungkin awak tak nampak pengorbanan insan itu, tapi tolong lah awak . Jangan biarkan insan itu berdosa kerana awak . Awak, satu jaa . saya awak dan kita bolehh berubah . berubahlah awak . belajar . belajar untuk 'mahalkan diri'

maaf andai tersilap kata , sayang anda kerana Allah Swt . tak mention siapa2 . juz mention awak , awak , juga diri saya yg selalu alpa 😊

Pandangan mata lelaki terhadap wanita

Betapa "Deritanya" Lelaki Memandang Buah Dada Wanita

Info Fakta Tentang Lelaki.  Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas bersebelahan seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik.
Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembullah dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.
Si lelaki ini, masa dia duduk di sebelah perempuan tu, dia masih dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala.
Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu tetap menjelma di dalam kepala.
Lelaki tu menutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dengan lelaki itu.
"Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?"
Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.
Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.
"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!"
Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya.
Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?
Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seo rang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah?
This is reality. Ramai kita tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan kita nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi kita nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there as well as for your safety, pakai la tudung yang besar sikit. At least,  tutup dada pun kira okey la. Lelaki kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang cakap, mana-mana lelaki pun memang akan terbayang gila-gila punya.
Kita tahu, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan juga mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
Maaflah sekiranya bahasa yang digunakan agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila ada yang menulis perkara sebegini.
Tapi inikan untuk kebaikan bersama juga. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ni seperti satu simbol seks.
Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya juga disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.
Kita berharap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besarkan?
Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni pada diri sendiri.
Adakah anda sanggup bila lelaki selalu melihat bua h dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan?

Perkongsian Usrah Muslimah Solehah

Checklist Jumaat
Bertaubatlah
Hijrah Itu Indah
Perempuan VS Muslimah
Jangan Jadi Terlalu Murah
Pesanan Supaya Merendahkan Diri
Layakkah Kita Dianggap Orang Baik?
Kelebihan Bersedekah
Hijrah Pendosa
Palestin

Tips Tutup Aurat

Perintah Tutup Aurat
Tanamkan Azam Dalam Diri
Istimewanya Mereka
Tutup Aurat Atau Balut Aurat
Perbezaan Tudung Labuh & Tudung Biasa
Hijab Bukan Hanya Pada Tudung
Checklist Muslimah
On & Off Berhijab
Aurat Itu Aib
Tutup Aurat Biarlah Serius
Pandangan Mata Lelaki Terhadap Wanita
Lelaki Menyentuh Wanita

Surah Al-Quran

Surah Al-Kahfi
Ayat 1
Ayat 2
Ayat 3
Ayat 4
Ayat 5
Ayat 6
Ayat 7
Ayat 8
Ayat 9
Ayat 10

Fiqh Wanita

DARAH WANITA
Haid
Istihadah
Nifas
WANITA DAN PERSOLEKAN
Hukum Bersolek
Hikmah Dilarang Bersolek
KEBERSIHAN WANITA
Hukum Mencukur Kemaluan

Solat

Relaks dengan Solat
Solat Dalam Kenderaan
Apa Itu Solat (Bahagian 1)
Apa Itu Solat (Bahagian 2)
Wudhu
Ciri-Ciri Solat Sempurna
Solat Tanpa Telekung
Kelebihan BerWudhu
SOLAT FARDHU & SOLAT SUNAT
Solat Fardhu 5 Waktu
Solat Taubat
Solat Dhuha
Solat Hajat
Solat Rawatib
Solat Awwabin
Solat Tahajud
Solat Jamak & Qasar
Solat Istikharah
Solat Isyraq
Solat Tahiyatul Masjid
Solat Witir
Sujud Sahwi