Sunday 27 November 2016

Tutup aurat biarlah serius

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua yang singgah untuk membaca atau sekadar melihat-lihat. Semoga kalian semua mendapat sesuatu yang baik dari blog ini dan boleh dimanfaatkan di dalam kehidupan seharian.

Alhamdulillah hari ni ada sedikit masa untuk mencatatkan sesuatu di sini. faza harap sangat artikel-artikel yang dikongsikan ini masih memberikan faedah kepada kalian sebagaimana ianya telah memberi faedah kepada faza.

Pagi tadi faza ke Mall untuk membeli sedikit barangan keperluan rumah ni jadi macam biasalah kalau berada di dalam suasana orang yang ramai tu mata ni susah sikit nak jaga. Maksud faza ni, mata ni suka sangat tengok pakaian para wanita yang datang membeli-belah kat situ.



Biasanya bila nampak yang pakai bertutup cantik dan sempurna, faza ucap syukur dalam hati dan rasa gembira. Tapi faza jadi sedih bila lihat masih ramai wanita Islam yang tidak sempurna pakaian mereka. Faza tidak pasti mereka itu faham atau tidak konsep menutup aurat dan mereka ada dari yang remaja hinggalah ke usia warga emas.

Maafkan faza kerana berasa sedih bila melihat keadaan itu. Tertanya-tanya, adalah mereka main-main dalam melaksanakan suruhan Allah? Susah sangatkah nak memakai pakaian yang boleh menutup aurat dengan baik? Pada faza, wanita Islam kita ni masih tidak serius menjaga aurat mereka. Mereka juga tidak serius melakukan suruhan Allah.

Masih terlalu banyak kesilapan dalam berpakaian yang tidak dibetulkan. Mudah lupa benar agaknya. Kadang-kadang tu orang yang selalu pergi mendengar kuliah agama juga selalu tidak pandang serius akan hal ini. Bila nak pergi kuliah agama, elok saja memakai sepasang baju kurung, bertudung agak labuh dan berstokin, sayangnya bila mahu ke pasar, bajunya telah menjadi t-shirt berlengan pendek, kainnya menjadi seluar yang bila berjalan habis berbekas seluar dalamnya dan pastinya stokin entah ke mana.

Ada juga yang memakai jubah, itu sudah bagus tapi kenapalah tidak dipakai kain di dalam atau pun seluar panjang yang longgar. Jubah berwarna cerah tanpa sebarang alas tak mampu menghalang mata orang lain dari terlihat warna seluar dalam yang dipakai. Aduh, malunya faza yang ternampak ni. Terpaksa mengalih pandangan ke arah lain sambil berdoa agar orang lain tak nampak apa yang faza nampak. Tolonglah fikir elok-elok semasa memakai baju untuk keluar rumah. Janganlah kita bermain wayang di khalayak ramai. Malu.

Teman-teman semua, tolonglah pandang serius terhadap pakaian yang disarungkan ke tubuh apabila kita mahu ke sesuatu tempat yang ada orang lain terutama lelaki ajnabi. Tilik betul-betul pakaian kita tu sebelum meninggalkan rumah. Bukan tilik menarik atau tidak. Bukan tilik lawa atau tidak. Bukan tilik menggoda atau tidak. Bukan, bukan, bukan. Yang patut ditilik di cermin ialah:
  • pakaian dah longgar
  • pakaian tidak jarang
  • pakaian tak menjolok mata
  • pakaian tidak ketat
  • tudung dah cukup labuh, tak nampak dada
  • pakaian itu tak menjadikan kita riak
  • jika nak solat di luar, cukuplah dengan apa yang dipakai itu. Tidak perlu nak bawa kain sembahyang

Pernah tak tilik begitu? Ketika menilik diri dan pakaian di cermin, bacalah doa ini:

Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang memperbaiki diriku, perbaikilah akhlakku.


InsyaAllah doa ni jika dijadikan amalan harian, kita dapat menjaga akhlak kita di mana saja kita berada sama ada di alam nyata atau di alam maya ni. Faza yakin doa ini juga mampu menjadikan hidup kita lebih tenang kerana budi pekerti yang baik antara kita dengan diri sendiri dan kita dengan orang lain akan membantu kita mendapat ketenangan diri. Jika ada masalah, kita mudah tenang menghadapinya. InsyaAllah.

Berbalik kepada soal pakaian wanita kita hari ni, faza seru kita semua agar serius dalam berpakaian. Kita bukannya suka-suka aje pakai pakaian ni tapi kita buat kerana Allah. Kita pun tahu malu kan? Aurat tu pula maksudnya perkara yang mengaibkan. Perkara yang memalukanlah maksudnya. Jadi bila kita malu sepatutnyalah kita menyimpannya dengan baik yakni memakaikan badan kita ini dengan pakaian yang menutup aurat dengan sebaik-baiknya.

TOLONG, jangan pakai seperti ini:


No comments:

Post a Comment