Monday 28 November 2016

Jangan jadi terlalu murah

Perempuan, jangan jadi terlalu murah. Dipujuk lelaki sikit, jatuh lentok. Pm tak berhenti. Otp setengah hari. Selfie hantar pada ajnabi.

Apa awak nak bagi buat suami nanti. Hanya sisa yang tertinggal? Itu je nak bagi? Are you serious?

"Hello! Kami akan kahwin okey...."

*cubit pipi. 
Alahai... comel cakap gitu. Awak yakin ke jodoh awak dengan dia? Sedangkan yang bertunang boleh putus. Inikan pula hubungan terlarang.

Katalah memang jodoh awak dengan dia, tetap kena jaga batas. Sedangkan yang tunang punya batas. Inikan awak yang hanya 'couple islamik' kononnya. Awak tak malu pergunakan agama?

Awak tahu awak buat dosa, tapi awak masih tetap leka? Awak duduk dalam dunia siapa? Mak awak tak kisah? Sebab dia fikir awak kawan biasa. Ayah awak tak kisah? Sebab awak sebenarnya berahsia.

Saya tak naklah cakap,

"Hoi, cepat putus! Tak payah couple!"

Tapi, saya nak cakap,

"Duhai sahabat yang saya kasihi. Tak mahu saya bersendiri di syurga. Mahukan teman bergurau senda. Awak, jom tinggalkan dosa. Kita cari redha Allah sama-sama. Awak sudi tak berpegangan tangan dengan saya ke jannah?"

Ya. Tegur perlu hikmah. Tapi, hikmah bukan bermakna lembut selamanya. Adakala, perlu tambah perisa. Asyik makan bubur kacang je, hari ni kita makan bubur kacang durianlah pulak. Begitulah perumpamaannya.

Hikmah itu sesuai dengan keadaan. Dalam cuaca panas, kita pasang air-cond. Dalam cuaca hujan, kita pakai payung. Tapi, tetap pakai tudung, tetap tutup aurat. Tak faham? Awak boleh tanya direct kat saya.

Meleret sudah. Kalau tak dihentikan sekarang, pasti lebih berjela. Jadi, saya menjeda bicara. Sambung lagi bila-bila. Kalau hidup lagi la. 😁

No comments:

Post a Comment