Tuesday 22 November 2016

Hikmah dilarang bertabarruj

11.  Supaya wanita muslimah tidak kembali menjadi golongan hina sepertiman wanita jahiliah, yang mana boleh ditonton dan dilihat oelh orang ramai bagai barangan murah yang terdedah di pasar-pasar.

22.       Mengelak terjadi kkrisis social. Kerana wanita bersolek berlebihan boleh merosakkan hati lelaki yang memandangnya. Lelaki yang teransang nafsu seksnya mudah sahaja mengganas seperti menganggu atau merogolnya.

33.       Mengelak krisis rumahtangga. Apabila wanita bebas keluar rumah dalam keadaan bersolek, lelaki yang memandangnya mudah terpaut hati. Jika kedua-duannya telah berkahwin, maka akan berlaku kejadian suami berasmara dengan isteri orang. Jika masing-masing mempunyai love affair di luar rumah, amaka hubungan suami dalam rumah menjadi tawar.

44.  Wanita dan lelaki mudah terperangkap dengan perangkap syaitan dan mereka dengan mudah melanggar perintah ALLAH.

Oleh itu selaku wanita Islam yang tinggi nilai akhlak dan harga diri, hendaklah menjaga diri agar tidak meniru bentuk perhiasan dan pakaian wanita jahiliah. Kerana wanita yang bertabarruj seperti wanita jahiliah akan mudah menimbulkan fitnah dan inilah yang ditakuti oleh Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya; “Tidak aku tinggalkan sesudahku, suatu fitnah yang dahsyat ke atas kaum lelaki, melainkan berpunca daripada wanita” (Riwayat bukhari dan muslim)


Sabda Rasulullah SAW lagi, m,aksudnya; “takutlah aku fitnah dunia dan fitnah wanita. Fitnah yang mula-mula terkena bani israil ialah datang dari wanita” (Riwayat muslim)

No comments:

Post a Comment