Monday 28 November 2016

Lelaki menyentuh wanita

Kenapa lelaki sekarang sanggup menyentuh wanita bukan mahram?

1. Sebagai bukti seorang lelaki yang tak layak dijadikan suami.
2. Sebagai bukti seorang lelaki yang lemah iman.
3. Sebagai bukti seorang lelaki yang tak takut azab Allah.
4. Sebagai bukti dirinya murah.
5. Sebagai bukti dirinya tidak mampu menjadi penyelamat maruah wanita.

Wanita pula.....kenapa sanggup membiarkan lelaki bukan mahram menyentuh mereka?

Antaranya...

1. Berpengetahuan tentang Islam tetapi tidak meresap hingga ke dalam hati dan jiwa.
2. Terlupa akan kematian yang sentiasa mengekori kita.
3. Taksub pada cinta dunia.
4. Tidak takut dengan azab api neraka.
5. Harga diri yang murah.

Jadi, mahukah kita memilih lelaki sebegini sebagai suami?
Mahukah kita menjadi seorang wanita yang dipandang murah?

Jika selama ini banyak melakukan kesilapan seperti di atas, berubahlah. Biarlah kita menjadi wanita yang mahal dan berharga. Bukan sewenang sewenangnya disentuh orang.

Jika sebagai lelaki, berubah lah menjadi lelaki soleh yang mampu membimbing. Bukan yang merosakkan wanita dan merendahkan maruah diri. Pakai tudung tak wajib, yang wajib tutup aurat dengan sempurna☝

Jangan highlight word/  'pakai tudung tak wajib'..

But, highlight word 'yg wajib tutup aurat dengan sempurna'.

pakai tudung semua bolehh. tapi, pakai tudung yang melabuhi dada tak semua boleh . kenapa yaa?

pakai baju lengan panjang semua bolehh. tapi, pakai baju lengan panjang, longgar dan labuh tak semua boleh . kenapa yaa?

pakai seluar panjang semua bolehh. tapi, pakai seluar panjang yang tak nampak bentuk kaki tak semua boleh . kenapa yaa? . 

haa macam mana pula dgn stokin, handsock ?

"eee, susahlah!" 
"tak biasalah"
"panaslah"
"kolotlah" 
alasan!..
alasan apa tu awak?
awak, awak mahal tau . bahkan sangat mahal .
awak rasa tak rugi ke awak? tak rugi ke bagi orang tengok aurat awak free2? kesian future husband awak . segala yang awak ada dah tayang sana sini . Okey, itu satu . lagi satu paling utama . Tak kesian pada ayah awak? Insan yang berjuang untuk membesarkan awak . Mungkin awak tak nampak pengorbanan insan itu, tapi tolong lah awak . Jangan biarkan insan itu berdosa kerana awak . Awak, satu jaa . saya awak dan kita bolehh berubah . berubahlah awak . belajar . belajar untuk 'mahalkan diri'

maaf andai tersilap kata , sayang anda kerana Allah Swt . tak mention siapa2 . juz mention awak , awak , juga diri saya yg selalu alpa 😊

No comments:

Post a Comment