Tuesday 22 November 2016

Wanita dan Persolekan

Hukum Bersolek

Di samping menitik beratkan tentang kecantikan akhlak, Islam tidak melarang wanita bersolek untuk kecantikan fizik. Bahkan, bersolek hukumnya WAJIB jika untuk suami mereka, tapi HARAM untuk lelaki ajnabi atau untuk keluar rumah dengan mendedahkan aurat dan persolekan. Hukum HARAM juga jika bersolek sehingga mengubah dan meminda kejadian ALLAH dan menyerupai persolekan wanita jahiliah atau tabarruj jahiliah.

Maksud tabaruj jahiliah ialah wanita berpakaian yang mendedahkan aurat atau perhiasan atau kecantikkan mereka kepada lelaki n\bukan mahram atau bergaya dengan cara berlenggang-lenggok mereka (badan dan punggung) yang menghairahkan lelaki memandangnya. Perhiasan yang biasa dipakai oleh wanita jahiliah ialah sama ada anting-anting di telinga, rantai atau loket di leher dan di dada, perhiasan (barang kemas)di sanggul, gigi emas, cincin di jari, gelang di lengan, gelang kaki. Sementara pakaian yang biasa dipakai oleh wanita jahiliah pula ialah bentuk fesyen yang menampakkan bentuk (susuk) tubuh badan mereka, seperti pakaian ketat dan nipis, bentuk baju terdedah dada dan belakang, kain yang terbelah hingga ke peha dan sebagainya.

Itulah yang dikatakan bentuk perhiasan dan pakaian sepertoi gaya jahiliah yang diharamkan wanita Islam mendedehkannya, kecuali kepada suami mereka. Kalau untuk suami mereka dihukum wajib pula mereka berhias dan berpakaian seperti bergaya dengan gaya seksi (menghairahkan). Kedudukan hokum ini hendaklah jelas dan difahami oleh kita. Jangan pula, mentang-mentang ikut Islam, semua fesyen pakaian yang menghairahkan di zaman dahulu dibuang dan dibakar habis. Pakaian seksi boleh dipakai di dalam rumah, khusus untuk suami, bukan untuk keluar sepertimana zaman jahiliah dahulu.

Hukum bertabrruj sepertimana maksud di atas diharamkan ke atas wanita islam. Terdapat beberapa dalil dalam Al-Quran dan Al Hadis tentang laranganNya. 

Firman Allah

 وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ ۖ وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا
dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. (Al-Ahzab ayat 33)

Firman Allah lagi

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung (Surah An Nur ayat 31)


Sabda Nabi SAW, Maksudnya: “Ada dua golongan ahli neraka yang belum aku pernah Nampak; Pertama, segolongan manusia yang mempunyai cemeti seperti ekor lembu dan mereka memukul manusia dengannya. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi telanjang, bergaya melenggok-lenggok kepala mereka seperti goh (bonggol di bahagian belakang) unta. Mereka tidak masuk syurga, hatta menciumnya pun tidak dapat. Sesungguhnya bau syurga boleh dicium jarak sekian-sekian (amat jauh tidak terkira)” (Riwayat Muslim)
Al Qurtubi menjelaskan, amksud ayat 33 surah Al-Ahzab; “Hendaklah kamu tetap tinggtal di dalam rumah” ialah tidaklah dimaksudkan kepada para isteri Nabi SAW sahaja, tetapi untuk umum wanita Islam.

Menurut Sa’udah bin Zam'ah, isteri Nabi Saw, apabila ditanya kepadanya, kenapa setelah ia berhaji dan umrah sekali sahaja dan ia tidak mahu mengerjakannya lagi. Jawab Sa’udah; “kerana ALLAH memerintahkan saya (ayat 33 surah Al AQhzab) supaya tinggal di rumah.” Menurut perawi kisah itu, bahawa sejak ayat itu diturunkan, Sa’udah tidak pernah keluar rumah hinggalah ia meninggal dunia.

Menurut Al Qurtubi lagi bahawa maksud ayat; “janganlah kamu berhias sepertimana wanita jahiliah” ialah tidak keluar rumah dengan berhias sepertimana wanita jahiliah berhias dan berpakaian atau sepertimana wanita yang tidak memiliki ilmu dan didikan agama Islam.

Mengenai ayat dalam surah An Nur ayat 31, Al Qurtubi menambah, bahawa perhiasan itu ada 2 jenis;
1.     1.   Perhiasan semula jadi
2.      2.  Perhiasan yang diusahakan
Perhiasan semula jadi ialah kecantikan wajah dan bentuk badan.
Perhiasan yang diusahakan ialah pelbagai bentuk fesyen pakaian dan persolekan diri dengan Alat-alat solek. Semuanya adalah perhiasan yang dilarang oleh ALLAH diperlihatkan kepada lelaki yang bukan mahram.

Dalam hal ini suka diingatkan, perhiasan yang semulajadi dan yang diusahakan itu hanya haram diperlihatkan kepada lelaki bukan mahram atau selain suami, tetapi kalau untuk suami hukumnya wajib. Bahkan para wanita (isteri) wajib pula bersolek dan berhias untuk suami.

Tersebut di dalam kitab Al Wa’yul Islami bahawa; “ Ada pun perhiasan atau alat kecantikan (alat solek) wanita selagi tidak mengandungi unsur-unsur pemalsuan dan penipuan hukumnya adalah mubah (harus) bagi wanita tidak bersuami dan tidak bertujuan untuk menampakkan kepada lelaki yang ajnabi serta tidak berlebih-lebihan dalam pemakaiannya. Akan tetapi wanita itu bersuami dan suaminya menghendaki ia bersolek untuknya, maka hukumnya wajib ia bersolek untuk suaminya. Jika suaminya orang yang tidak suka isteri bersolek dan berdandan dan ia melarang, maka haram hukumnya ia berbuat demikian, kerana terjatuh kepada menderakai suami. Tapi jika suainya diam, maka hukumnya harus ia bersolek.”

Satu lagi masalah sekiranya suami menyuruh isteri bersolek ketika keluar rumah dan suami redha pula isteri menampakkan perhiasannya kepada lelaki ajnabi, maka ketika itu jika isteri membantah suami yang menyuruh melakukan sesuatu yang menderhakai ALLAH, tidak berdosa. Suami yang bersikap demikian duianggap dayus. Orang dayus tidak masuk syurga, hatta bau pun tidak dapat. Isteri yang cerdik patut boleh menimbang perkara itu. Jangan taat secara melulu. Mentang-mentang demi taatkan suami sanggup lakukan apa sahaja sehingga melanggar perintah ALLAH pun ditaati juga.

Rasulullah SAW melarang hal yang serupa itu dengan sabdanya, bermaksud; “…apabila kamu diperintahkan melakukan maksiat, tidak wajib ditaati…” (riwayat bukhari dan muslim)

Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda lagi, maksudnya; “ Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang menderhakai khaliq (ALLAH)” (Imam Ahmad dan Al Hakim dari Amran dan Hakim ibnu amrul ghafari. Menurut sepakat ulamak hadis, hadis ini soheh).

No comments:

Post a Comment