Monday 1 August 2016

Istimewanya mereka



Istimewanya mereka.
Hanya yang mengenali bagaimana rasanya di waktu jahil, akan benar-benar mengenali erti penghijrahan.
Aku kenal saudara dekatku, yang dahulunya seorang yang lalai dalam dunia hiburan, kini insaf. Dan Insafnya seperti Insaf seorang hamba ALLAH yang akan mati pada esok hari.

Aku kenal seorang sahabatku, yang bebas menunjukkan rambutnya yang cantik, mukanya yang menawan, kini bertudung litup, malah berpurdah demi menjaga maruah diri.
Mereka semua menceritakan betapa menyesalnya mereka kerana tidak mengenali agama dengan lebih awal. Menangisi masa silam mereka yang penuh dosa dan kini mereka menagih keampunan daripada ALLAH.
Tetapi kita yang sudah didedahkan dengan agama, berani-berani pula menghukum mereka. Bagaikan kita ini Tuhan yang boleh mengira dosa pahala setiap insan.
Jujur, kita sangat bertuah kerana diperkenalkan dengan agama dahulu, tetapi kita tidak merasa bagaimana mereka yang pernah jahil rasa, jadi adakah wajar kita menghukum mereka?
Silap-silap, mereka lebih mulia daripada kita.
Siapa tahu kan?

******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

No comments:

Post a Comment