Monday 1 August 2016

Solat : Wudhu

Assalamualaikum WBT

Tajuk Besar : SOLAT
Tajuk kecil : Wuduk
Tempat : Group Whatsapp
Masa : 9.15 malam 
Naqibah : Ukhti Fazarina (Founder UMS)

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Bersyukur kita ke hadrat Illahi dapat berkumpul sama sama malam ni untuk membincangkan satu tajuk iaitu Wuduk.

Sebelum ni kita dah pelajari dan memahami maksud solat kan. Jadi minggu ni kita akan belajar dan memahami maksud wuduk pula. in shaa Allah.

Semua dah ready ke nak teruskan usrah kita pada malam ni. Kalau dah ready, say Alhamdulillah. hehehe

Pengertian Wudhu :


menurut bahasa, Wudhu artinya Bersih dan Indah. sedangkan menurut istilah (syariah islam) ertinya menggunakan air pada anggota badan tertentu dengan cara tertentu yang dimulai dengan niat guna menghilangkan hadas kecil. Wudhu merupakan salah satu syarat sahnya soolat (orang yang akan solat, diwajibkan berwudhu lebih dulu, tanpa wudhu solatnya tidak sah.


Sebelum berwuduk selalunya kita akan mulai dengan ape ye??Siapa tahu??Tolong jawab kejab..hehehe

Ye betul..berikan tepukan untuk diri sendiri..hehehe..sebelum berwuduk kita mesti baca doa, lepas tu baru kita baca niat wuduk..

Macam mana ye doa & niat wuduk??sabar-saba..jangan risau..jab lagi faza bagi tahu ye..

Sebelum Niat Wudhu baca :


اَعُوْذُبِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ – بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Bacaan Niat Wudhu :


نَوَيْتُ الْوُضُوْءَلِرَفْعِ الْحَدَثِ الْاَصْغَرِفَرْضًالِلّٰهِ تَعَالٰى"Sahaja Aku niat berwudhu untuk menghilangkan hadas kecil, fardhu kerana Allah."


Doa selepas berwuduk pulak macam mana ye???

Ini dia doa selepas wuduk ye..

Do'a Sesudah Wudhu:


اشهد ان لااله الاالله وحده لاشريك له واشهدان محمداعبده ورسوله, اللهم اجعلني من التوابين, واجعلني من المتطهرين, وجعلني من عبادك الصالحين سبحانك اللهم وبحمدك اشهدان لااله الانت استغفرك واتوب اليك"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Dan Tiada sekutu baginya-Nya. dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba-Nya dan Pesuruh-Nya. Ya Allah! jadikan aku dikalangan orang yang bertaubat dan jadikan aku daripada orang yang menjaga kesucian dan jadikan aku daripada hamba-Mu yang soleh." 


Alhamdulillah kita dah tahu niat wuduk & doa wuduk. Lepas tu ape lagi yang belum ye.. Hah‼ Cara berwuduk pula kan, kalau tak tahu cara berwuduk macam mana nak berwuduk, kalau tak berwuduk jadi solat kita tak sah. betul tak kesayangan semua. hehe

Macam mana pula cara nak berwuduk ni..Ok lepas ni faza bagi tahu cara berwuduk dengan sempurna ye. Wuduk tu penting tau. Bukan untuk solat je, nak cantik tak payah pakai makeup mahal dah. Dengan wuduk muka kita akan dipenuhi dengan nur(cahaya). Lagi satu kalau tak nak diganggu dengan jin, jaga wuduk kita agar jin tak berani dekat dengan kita sebab kita bersih dan suci. Jin suka dengan benda-benda kotor tau. Jadi mulai hari ni sama-sama kita jaga wuduk. In shaa Alla..

Cara Berwudhu:


1. Apabila seorang muslim mahu berwudhu maka hendaknya ia berniat di dalam hatinya kemudian membaca "Bismillahirrahmanirrahim" sebab Rasulullah SAW bersabda "Tidak sah wudhu orang yg tidak menyebut nama Allah" . Dan apabila ia lupa maka tidaklah mengapa. Jika hanya mengucapkan "Bismillah" sahaja maka dianggap cukup.
2. Kemudian disunnahkan mencuci kedua telapak tangannya sebanyak tiga kali sebelum memulakan wudhu.
3. Kemudian berkumur-kumur .Lalu menghirup air dgn hidung lalu mengeluarkannya .Disunnahkan ketika menghirup air di lakukan dgn kuat kecuali jika dalam keadaan berpuasa maka ia tidak mengeraskannya kerana dikhawatirkan air masuk ke dalam bahagian leher. Rasulullah bersabda "Keraskanlah di dalam menghirup air dgn hidung kecuali jika kamu sedang berpuasa."
4. Lalu mencuci muka . Batas muka adalah dari batas tumbuhnya rambut kepala bahagian atas sampai dagu dan mulai dari batas telinga kanan hingga telinga kiri. Dan jika rambut yg ada pada muka tipis maka wajib dicuci hingga pada kulit dasarnya. Tetapi jika tebal maka wajib mencuci bahagian atasnya sahaja namun disunnahkan mencelah-celahi rambut yg tebal tersebut. Kerana Rasulullah selalu mencelah-celahi janggutnya di saat berwudhu.
5. Kemudian mencuci kedua tangan sampai siku kerana Allah berfirman "dan kedua tanganmu hingga siku."
6. Kemudian mengusap kepala beserta kedua telinga satu kali bermula dari bahagian depan kepala lalu diusapkan ke belakang kepala lalu mengembalikannya ke depan kepala. Setelah itu terus mengusap kedua telinga dgn air yg tersisa pada tangannya.
7. Lalu mencuci kedua kaki sampai kedua mata kaki krn Allah berfirman "dan kedua kakimu hingga dua mata kaki." . Yang dimaksud mata kaki adalah ketulan yg ada di sebelah bawah betis. Kedua mata kaki tersebut wajib dicuci berbarengan dengan kaki. Orang yg tangan atau kakinya terpotong maka ia mencuci bahagian yg tinggal yg wajib dicuci. Dan apabila tangan atau kakinya itu terpotong semua maka cukup mencuci bahagian hujungnya saja.
8. Ketika berwudhu wajib mencuci anggota-anggota wudhunya secara berurutan tidak menunda pencucian salah satunya hingga yg sebelumnya kering. Hal ini berdasar hadits yg diriwayatkan Ibn Umar Zaid bin Sabit dan Abu Hurairah bahawa Nabi senantiasa berwudu secara berturut-turut kemudian beliau bersabda "Inilah cara berwuduk di mana Allah tidak akan menerima solat seseorang kecuali dgn wuduk seperti ini."


Alhamdulillah kita semua dah tahu cara-cara berwuduk. Tapi korang tahu tak setiap pergerakan wuduk ada doa nya sendiri? Ianya salah satu sunnah, nak buat boleh tak buat tak apa. Tak membatalkan wuduk kita. Korang nak tahu tak apa doa-doa bagi setiap pergerakan wuduk tu??

Doa setiap pergerakan wuduk

1. Doa membasuh dua telapak tangan:


 اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِي جَعَلَ اْلمَاءَ طَهُوْرًاArtinya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Puji bagi Allah yang menjadikan air itu suci.

2. Doa ketika berkumur:


اَللَّهُمَّ اَسْـقِـنِى مِنْ حَوْضِ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَأْسًا لاَ أَظْمَأُ بَعْدَهاَ أَبَدًاArtinya: Ya Allah, curahkan segelas air dari telaga Nabimu Muhammad SAW yang tidak akan kehausan setelah itu selama-lamanya.

3. Doa membasuh hidung:


اَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنِى رَائِحَةَ جَـنَّتِكَYa Allah, janganlah Engkau haramkan aku mencium harumnya surgaMu.

4. Doa ketika membasuh muka:


اَللَّهُمَّ بَيِّضْ وَجْهِى يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوْهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوْهٌArtinya: Ya Allah! beri cahaya di wajahku pada hari bercahaya.

5 . Doa saat mencuci tangan kanan:


اَللَّهُمَّ اَعْطِنِى كِتاَبِى بِيَمِيْنِى وَحَاسِبْنِى حِسَاباً يَسِيْرًاArtinya: Ya Allah! berikanlah kepadaku kitabku dari sebelah kanan dan hitunglah amalanku dengan perhitungan yang mudah.

      Doa saat mencuci tangan kiri:


اَللَّهُمَّ لاَ تُعْطِنِى كِتاَبِى مِنْ يَساَرِىْ وَ لاَ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِىْArtinya: Ya Allah! aku berlindung denganMu dari menerima kitab amalanku dari sebelah kiri atau dari sebelah belakang.

6. Doa saat membasahi kepala:


اَللَّهُمَّ حَرِّمْ شَعْرِيْ وَبَشَرِيْ مِنَ النَّارِ وَاَظِلَّنِي تَحْتَ عَرْشِكَ يَوْمَ لاَ ظِلَّ اِلاَّ ظِلُّكَArtinya: Ya Allah, haramkan rambutku dan kulitku dari neraka dan lindungilah aku dari ArsyMu pada hari tidak ada perlindungan kecuali perlindunganMu.

7. Doa membasuh dua telinga:


اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ الَّذِيْنَ يَسْتَمِعُوْنَ اْلقَوْلَ فَيَتَّبِعُوْنَ أَحْسَنَهُYa Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mendengarkan kata dan mengikuti sesuatu yang terbaik.

8. Doa saat membasuh dua telapak kaki:


اَللَّهُمَّ ثَبِّتْ قَدَمَّي عَلَى الصِّرَاطِ يَوْمَ تَزِلُّ فِيْهِ اْلاَقْدَامُArtinya: Ya Allah, mantapkan kedua kakiku di atas titian (shirothol mustaqim) pada hari dimana banyak kaki-kaki yang tergelincir.


SubhanaAllah, setiap pergerakan ada doa nya tersendiri dan membawa maksud tersendiri. Betapa indahnya Islam menjaga kita luaran dan dalaman. Semoga diamalkan amalan sunnah ini agar menjadi saham tambahan untuk kita di akhirat kelak. In shaa Allah.

Lepas ni ape pulak ye..ade  algi ke mengenai wuduk ni yang kita mungkin tak tahu selama ini.. Jeng Jeng jeng..hehehe

Perkara yang membatalkan wuduk


> Apabila terkeluar sesuatu dari dua jalan sama ada melalui qubul atau dubur (hadas kecil)
> Tidur yang tidak tetap punggungnya, tetapi jika tidur dengan mengiring maka tidak batal wudhu'.
> Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit.
> Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang bukan mahram tanpa alas atau lapik.
> Tersentuh kemaluan hadapan atau sekitar kawasan punggung lelaki, wanita atau dirinya sendiri tanpa alas. Tetapi jika tersentuh dengan belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal.


Ok lastly mengenai wuduk yang kita perlu tahu sedikit untuk menambah pengetahuan kita adalah Fadhilat wuduk(kelebihan berwuduk). Lepas ni faza share sedikit ye apa itu kelebihan berwuduk ni.

Fadhilat wuduk(Kelebihan berwuduk)


1.Orang yang tidur dalam keadaan berwuduk pahalanya seperti berpuasa. 
2.Orang yang wuduk sebelum tidur, Malaikat tidur bersamanya. 
3.Nabi kenal umatnya melalui cahaya wuduk. Wuduk selepas wuduk yang belum batal umpama Cahaya atas cahaya (Nur ala nur) , sudah cerah lagi bersuluh. 
4.Doa selepas wuduk gugurkan dosa.
5.Wuduk menjadi kafarah, menghapus dosa antara 2 waktu solat.
6.Air wuduk dan mandi junub  menghasilkan malaikat yang berdoa dan minta ampun untuk tuannya.


SubhanaAllah. Besarnya kelebihan Allah bagi kepada kita yang sentiasa berwuduk ni, jadi sentiasalah dalam keadaan berwuduk. in shaa Allah.

Alhamdulillah, setakat ini sahaja perkongsian kita mengenai wudhu. Untuk tajuk seterusnya, kita akan sambung pada minggu hadapan. Semoga apa yang dikongsikan pada hari ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada anda semua. In shaa Allah.

Wallahualam bissawab

---------------------------------------------

Moga Allah redha.

----------------------------------------------

Wallahua'lam. Berakhir sudah perkongsian untuk kali ini.

Semoga Allah SWT melimpahkan hidayah dan taufikNya bagi kita yang mendapat ilmu baru yang kita telah perolehi.

In shaa Allah.

Dipersilakan berkongsi namun sebarang EDITING dilarang sama sekali. Hormati ilmu dan pemberi ilmu dengan TIDAK MENGUBAH atau MEMBUANG mana-mana bahagian dalam perkongsian ini.

******************************

Sila follow group Usrah Muslimah Solehah di :

Pages Facebook : https://www.facebook.com/usrahmuslimahsolehah

Wechat : Usrahmuslimahsolehah

Instagram : usrahmuslimahsolehah

Blogger : http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.com/

Whatsapp : +60198767230 (Founder UMS - Ukhti Fazarina)

Telegram : telegram.me/usrahmuslimahsolehah

Twitter : @Usrahmuslimahsolehah

Muslimah Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang

No comments:

Post a Comment