Sunday, 27 November 2016

Cara Sujud Sahwi

Alhamdulillah..segala puji pujian hanya kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..aminn.. posting kali ni aisya nak kongsikan sedikit ilmu yang aisya baru belajar iaitu Sujud Sahwi..Sujud sahwi adalah bermaksud lupa dalam melakukan salah satu perbuatan solat yang tertinggal secara tidak sengaja. Sujud Sahwi merupakan dua sujud tambahan sebelum salam, bertujuan untuk menutup kekurangan yang terjadi akibat kelupaan tersebut. Hukum sujud sahwi ialah sunat muakkad (sunat yang dituntut). sujud sahwi dibolehkan apabila:
 Lupa membaca tahiyat awal
 Menambah rukuk atau sujud kerana kelupaan
 ragu-ragu dalam jumah rakaat
 Tertinggal doa qunut sewaktu solat subuh
 
Cara-cara melakukan sujud sahwi ialah apabila selesai membaca tahiyat akhir dan sebelum salam, terus sujud untuk sujud sahwi pertama dan bacalah sebanyak 3 kali:
maksudnya: Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa
sesudah itu, bangkit ke kedudukan antara dua sujud. sewaktu ini, boleh dibaca bacaan sebagaimana bacaan antara dua sujud solat fardu atau memadai dengan diam sahaja. beserta tamakninak (diam sebentar). seterusnya lakukan sujud sahwi kedua dan bacalah sebagaimana sujud sahwi pertama sebanyak 3 kali:
maksudnya: Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa
 
Selesai sujud sahwi yang kedua, duduklah kembali sebagaimana duduk tahiyat akhir dan berilah salam.

No comments:

Post a Comment