11. Supaya wanita muslimah tidak kembali menjadi
golongan hina sepertiman wanita jahiliah, yang mana boleh ditonton dan dilihat
oelh orang ramai bagai barangan murah yang terdedah di pasar-pasar.
22. Mengelak terjadi kkrisis social. Kerana wanita
bersolek berlebihan boleh merosakkan hati lelaki yang memandangnya. Lelaki yang
teransang nafsu seksnya mudah sahaja mengganas seperti menganggu atau
merogolnya.
33.
Mengelak krisis rumahtangga. Apabila wanita
bebas keluar rumah dalam keadaan bersolek, lelaki yang memandangnya mudah
terpaut hati. Jika kedua-duannya telah berkahwin, maka akan berlaku kejadian
suami berasmara dengan isteri orang. Jika masing-masing mempunyai love affair
di luar rumah, amaka hubungan suami dalam rumah menjadi tawar.
44. Wanita dan lelaki mudah terperangkap dengan
perangkap syaitan dan mereka dengan mudah melanggar perintah ALLAH.
Oleh itu selaku wanita Islam yang tinggi nilai akhlak dan
harga diri, hendaklah menjaga diri agar tidak meniru bentuk perhiasan dan
pakaian wanita jahiliah. Kerana wanita yang bertabarruj seperti wanita jahiliah
akan mudah menimbulkan fitnah dan inilah yang ditakuti oleh Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya; “Tidak aku tinggalkan
sesudahku, suatu fitnah yang dahsyat ke atas kaum lelaki, melainkan berpunca
daripada wanita” (Riwayat bukhari dan muslim)
Sabda Rasulullah SAW lagi, m,aksudnya; “takutlah aku fitnah
dunia dan fitnah wanita. Fitnah yang mula-mula terkena bani israil ialah datang
dari wanita” (Riwayat muslim)
No comments:
Post a Comment