Wednesday, 23 November 2016

Jom Baca Surah Al Kahfi 5

Assalamualaikum WBT..

Rasanya dah lama tak update surah Al-Kahfi ni kan..baiklah kita teruskan lagi hafalan surah Al-Kahfi kita dengan surah seterusnya.

Macam mana dengan hafalan surah al kahfi dari ayat 1 hingga 4?? dah hafal ke belum ni??

cepat-cepat hafal ye. Banyak lagi nak ke hafal ni..hehehe..

baiklah tanpa membuang masa kita teruskan hafalan dengan ayat seterusnya.

Ayat 5
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Arab :


مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚكَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚإِنْ يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

Rumi :


mā lahum bihī min ʿilmiw wa-lā li-ʾābāʾihim kaburat kalimatan takhruju min ʾafwāhihim ʾin yaqūlūna ʾillā kazhiba

Terjemahan :


(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
Tidak ada bagi mereka sebarang ilmu; 
iaitu tidak ada dalil langsung yang mengatakan bahawa Nabi Isa itu adalah anak Tuhan. Mereka hanya ada-adakan sahaja. Persoalan itu dibahaskan dengan panjang lebar. Dan orang-orang Kristian terpaksa mengadakan-adakan banyak sekali alasan untuk memperbenarkan akidah syirik mereka itu.
Begitulah juga dengan masyarakat Islam kita sendiri yang mengamalkan perantaraan dalam doa-doa mereka. Tidak ada dalil dari Quran atau hadis tentang dakwaan mereka itu. Mereka cakap itu bukan dari dalil Quran atau sunnah, tapi adalah sangkaan mereka sahaja. Atau mereka akan kata orang itu dan orang ini pun buat juga. Itu adalah dalil yang amat lemah sekali. Tapi sedihnya, ramai orang yang ikut.
Allah gunakan perkataan مِنْ عِلْمٍ dalam ayat ini. Ia bermakna, mereka tidak ada dalil sikit pun. Bukan nak kata mereka tidak banyak dalil, tapi sedikit pun tidak ada.
Tidak ada ketetapan apa-apa pun dalam agama mereka sebenarnya untuk mengatakan bahawa Isa itu adalah anak Allah. Sebenarnya, bukan semua orang agama Kristian mengatakan bahawa Isa itu anak Tuhan. Kerana pernyataan itu adalah pernyataan yang baru. Yang dibentangkan dalam persidangan Nicea. Dalam persidangan itu, ada dua puak. Ada yang mengatakan bahawa Jesus adalah Nabi dan ada yang mengatakan Jesus adalah anak Tuhan. Maka, telah dijalankan undian, dan yang menang adalah puak yang mengatakan Jesus anak Tuhan.
Dan tidak ada dalil dari tok guru mereka;
 Dan tidak ada juga dalil dari tok nenek mereka. Tok nenek itu termasuk juga guru-guru mereka yang mengajar ilmu yang salah. Tok guru yang dulu-dulu itu pun dapat dari guru-guru mereka juga. Mereka cakap tanpa membawa bukti dalil yang sah.
Tapi kerana tidak ada ilmu, mereka terima sahaja tanpa usul periksa. Itu semua adalah bohong semata-mata. Ingatlah bahawa apa-apa ilmu ugama, kena bawa dalil dan dalil itu mestilah dari Quran dan dari hadis. Barulah dikatakan dalil yang boleh diterima. Tidak boleh kita nak terima hujah akal dalam hal agama. Akal manusia macam mana hebat pun tidak mampu mencapai pengetahuan sesuatu hal itu tanpa bantuan dan ajaran dari Allah. Alangkah sedihnya apa yang terjadi kepada masyarakat kita sekarang. Mereka hanya menerima tanpa usul periksa kata-kata dari ustaz-ustaz mereka. Pada mereka, apabila seseorang itu sudah digelar ustaz, kata-kata dia tentulah benar. Tidak semestinya begitu. Kalau guru yang benar, dia akan membawakan dalil yang sah.
Buruk sungguh perkataan celupar yang keluar dari mulut mereka; 
marah betul Allah dengan apa yang mereka katakan itu.
Allah gunakan perkataan كَلِمَةً. Ianya bermakna satu kalimat sahaja. Sebab, kalau kata-kata yang banyak, perkataan kalam akan digunakan. Ini bermakna, kalau cakap satu kalimat yang syirik sahaja sudah berat dah. Apatah lagi zaman sekarang yang macam-macam perkara syirik yang dikatakan dan diamalkan oleh masyarakat kita.
Besar sekali apa yang mereka kata itu. Ini bermaksud mereka memperbesarkan selain dari Allah. Musyrikin Mekah mengatakan Allah ada anak, iaitu malaikat-malaikat yang mereka kata mereka itu adalah perempuan. Kristian pula mengatakan Isa a.s. itu anak Allah. Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah. Apabila mereka mengatakan Allah ada anak, mereka membesarkan selain Allah dan merendahkan Allah. Iaitu mereka mengatakan Allah memerlukan anak untuk mentadbir alam ini. Seperti mengatakan Allah itu lemah, maka Allah memerlukan makhluk lain untuk membantuNya. Ma sha Allah! Itu adalah syirik yang besar.
Tidaklah mereka mengatakan melainkan dusta semata-mata; 
ajaran mereka tentang menggunakan perantaraan itu adalah dusta semata-mata. Walaupun mereka berniat baik, tapi kalau tidak membawa dalil bukti, itu termasuk dusta. Kerana dalam mengajar hal agama, kena bawa dalil.

No comments:

Post a Comment