Sunday, 27 November 2016

Solat Tanpa Telekung

Alhamdulillah...apa khabar follower faza..harap sahabat-sahabat sihat selalu.. hari ni mood rajin nak update blog..punca datang idea dari seorang sahabat yang bertanya kepada ana dengan soalan yang berbunyi.
"Faza..boleh ke kita solat tak pakai telekung(kain sembahyang)?"

boleh..tapi seharusnya memenuhi dahulu tuntutan menutup aurat dengan sempurna tanpa mendedahkan aurat ketika bersolat. Mungkin hal ni kecik bagi sesetengah orang tapi sebenar ia adalah kelebihan yang sangat besar bagi kehidupan beragama seorang wanita muslimah.

Contohnya seperti kita pakai stokin kaki.. yang tu pun menggambarkan kesempurnaan dalam melakukan ibadah dan sangat bermakna bagi wanita yang mahu menepati syariat. sebelum ni semua orang cakap kalau ada telekung baru boleh lakukan solat sampai ada sesetengah memberi alasan "telekung tak ada la macam mana nak solat" bahaya tu..penyelesaian yang senang pakaian harian kita pun dibawa bersolat tapi kenalah tutup aurat dengan sempurna salah satunya berstoking ketika bersolat dan pasti berada dalam keadaan yang bersih dan suci. hukum wanita muslimah bersolat tanpa memakai telekung adalah sah tetapi dengan syarat pakaian sempurna auratnya ditutup (ulang ayat di atas jer bagi ingat ^^) tak kisah lah warnanya, baju kurung, seluar jubah atau apa sahaja yang penting tutup aurat dan bersih dari najis (ulang lagi)



"Jadi tidak ada telekung tu bukan alasan tak boleh nak solat ye" ^_^

Kenapa perlu BERSTOKIN??
Sekarang nak sentuh sikit pasal stokin ni...ingat orang lepas bersalin je ke kena pakai stoking, wanita muslimah pun jugak berstoking..ehhh sebab apa pulak kan?
Salah satu sebab dia bila kita berstoking kita boleh lakukan solat tanpa nak rasa risau sebab ada telekung atau tak. Bila pakaian yang kita pakai tu dah sempurna dari segi penutupan aurat dan bersih dari najis. tujuan dia untuk menutup aurat dari terdedah..sebab kaki tidak termasuk tubuh badan yang dibenarkan dipapar kepada yang bukan mahram cuma muka dan tapak tangan jer yew...jadi aurat kaki perlu dijaga dan diambil perhatian. 

Tapi tak ramai wanita yang nak pakai stoking ketika diluar rumah sama ada di pejabat ke atau keluar jalan-jalan ke, alasan bagi susah, leceh, tidak selesa, merasa tak penting dan malaslah nak pakai.. sedangkan dalam solat kita boleh tutup kaki sampai solat boleh jadi batal kalau menampakkan bentuk kaki ketika bersolat. kalau tak sengaja terselak pun kena cepat-cepat tutup balik.

Tidak memberatkan...
tidak memberatkan...? apa tu...mesti tertanya-tanya kan...maksudnya tidak memberatkan suruhan Allah swt.
Kenapa masa kita mengadapa Allah swt kita boleh menutup aurat dengan sempurna kenapa tidak di luar waktu bersolat...? haaaa.....kenapa..kenapa?? Fikirkanlah............
sedangkan keadaan kita bersolat adalah keadaan yang perlu kita jelmakan di luar waktu solat. kalau masa solat kita tidak mahu kaki kita terdedah kenapa di luar kita membiarkan ia terdedah..? 
Seandainya kita benar mahu sayangi Allah swt, pasti syariat yang telah di suruh olehNYA dijaga. stoking tidak memberat tak jugak mahal nak dibeli tak adalah sampai membebankan kita nak beli sebab harga yang mahal sampai tak mampu nak pakai..ada sebab kenapa kita perlu menutup kaki dengan berstoking, ia akan nampak wanita tu sukakan kekemasan dan kecantikkan, nak jaga rapi kaki dan tumit supaya tak terkena penyakit atau pun menutup aib yang ada pada kaki. bahkan itu jugak menunjukkan yang kita ni ada sifat malu dalam diri.
Rasulullah SAW menyatakan "Malu dan iman itu adalah teman seiring sejalan, jika salah satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi." (Riwayat Muslim)
Wanita solehah yang menjaga solat, mesti tidak ada masalah untuk berstoking dan tidak menjadikan telekung sebagai keutamaan dalam menunaikan ibadah solat sebab dia sudah lengkap menutup aurat dengan berstoking semasa bersolat. Jadi mudahlah bila-bila dan di mana jua dia boleh menunaikan solat dengan sempurna. semuanya terletak atas kesedaran diri selaku hamba Allah yang mematuhi syariat Allah SWT dan mengikut suruhan Rasulullah SAW.
"Wahai muslimah berbahagialah dengan solatmu"

Jadi dekat sini kita boleh fikir solat yang diperintahkan oleh Allah SWT tu bukan sesuatu yang membebankan atau menyusahkan kita tapi sebaliknya Allah SWT memudahkan kita dalam menunaikan kewajipan mengadap dia tanpa meninggalkan solat walau di mana sahaja kita berada. SELAMAT MENJALANKAN IBADAH SOLAT - Anna Aisya M.A

No comments:

Post a Comment