Tuesday, 29 November 2016

Hijrah Pendosa

Sekarang mindset kita masuk sk agama. Pakai jilbab niqab purdah. Ngaji2 dan hafal dah selamat. Tapi tak. Pergi tempat baru, ujian dia lagi besar babe. Time tu setan tak kira dah kau sk agama ke sk international ke sk harian biasa ke janji kau ni umat Muhammad dia akan hasut sampai kau lupa segala tarbiah yang kau bljr dulu.

Aku sendiri saksikan ramai je kawan2 aku dari sekolah agama, dah 'lupa diri' datang ke tempat baru. Jadi 'orang lain' meskipun imej luaran tak berubah. Aku taknak mengata depa sbb aku sendiri well ada dosa jugak. Cuma aku 'terpaksa' share sebab nak bukak mata kau luas2 bahawa siapa pun asal usul kita, benda tu Allah boleh tarik bagi kita 'lupa' kejap. 

Sebab tu nak kahwin nanti, please jangan kecikkan fikiran kau nak yang purdah, kopiah, jubah dsb.

Nanti dulu gais ✋
Dengar dulu. Aku tak kata dosa kau cari org macam tu malahan Alhamdulillah dpt jaga luaran dia seelok eloknya cuma sekarang nak nilai org bukan dari pakaian tapi dari perbuatan.

Ingat, pakaian bukan tanda kita dah beriman tapi biar perbuatan yg menilai segalanya samada beriman atau tak  ☝

Tapi tak semua mcm tu. Ada je yang benar2 cintakan sunnah then dia pakai kopiah,jubah dsb dan dalam diam dia beramal. Dan ada jugak yg jenis pakai seluar jeans ketat, baju tshirt, rambut mcm apa ntah tapi 30 juz babe.

 Haha.. golongan2 yang aku mention kat atas semua aku dah saksikan sendiri. So apa salahnya aku share dgn apa yg ak dapat. Kan?😊

Dan tak semua ya. TAK SEMUA yang 'luar lain dalam lain' . Contoh, ada je kawan ak yg faham konsep NIQAB dan giat menjalankan dakwah eventho dia tak dedahkan  siapa dia. Ni salah satu yg benar2 'berjaya' 💞

Jadi nak berkawan tu jangan aim sape tu jahat lah baiklah. Sebab kita takkan kenal someone tu betul selagi tak 'sebumbung' dgn dia baik kawan mahupun suami isteri.

Well said. Dunia skrg ni macam2. So prepare jelah. Aku nasihat sbb aku syg 💞

Apa yang aku nak highlight kan kat sini adalah takpe kalau kau bukan dari 'benih' yg baik. Its okay eventho kaulah yg plg jahiliah dulu. Yg penting dalam penghijrahan kena istiqomah. Kena mantain je kau punya 'power' . Kalau low sangat , nanti mati. Kalau power sangat , bahaya jgk. So go with the flow je dan sentiasa ada nak berubah. Itu penting ☝

Ada niat nak pakai tudung.
Ada niat nak pakai baju besar2.
Ada niat nak pandai baca al-quran.
Ada niat yang baik2lah. 

Itu semua dikira Alhamdulillah.

So bagi yang dah penuh ilmu agama di dada, alhamdulillah cuma nasihat aku yang banyak saksikan golongan macam kau terkandas di tengah jalan , sebaiknya cuba kau explore dunia sebenar. Jangan kau duduk terperuk dalam 'mindset' kau semata2. Bukan apa wei, aku takut kau jadi mcm org2 yg pernah aku berjumpa. Yang rebah, tarbiah hilang entah ke mana, dan terus mendongak ke langit.

Sebab apa???

Sebab dia tak buat PERSEDIAAN dari segala aspek. Sebab tu jadi mcm tu. So berkawanlah dengan semua org eventho dialah yg paling 'setan' dekat uni, sk dsb. 

Firstly, minta maaf kalau ada kurang setuju dengan pendapat aku. Aku cakap sebab aku dah belasan tahun duduk dalam 'dunia jahat' ni. Bila aku hijrah aku nampak ramai golongan lagi baik dari aku b4 this terkandas dalam perjalanan. Aku tak nak ah jadi mcm ni. 

So aku nasihat korang please abad sekarang ni kau tak boleh tunggu, kau kena cari dan cari. Bila kau cari in sha Allah jumpa, bila jumpa kau pegang kuat2 apa yg kau belajar tu then datanglah apa2 pun in sha Allah masa tu Allah akan jaga kau sebaiknya sebab kau dah buat preparation.

Macam kau  nak gi exam. Pen xbawak. Slip exam tak bawak. Ic tertinggal. Kau rasa pengawas tu nak bagi kau masuk dewan ke? Same goes dgn life kita. Kena preparation esp for someone yg mmg dah ada 'agama' dalam diri dia. Kau yg plg kena kuat sbb kami yg jahil dulu dah tahu zaman jahiliah mcm mana . Kami dah buat semua dosa2 tu. Kau tu yang x pernah rasa semua. Takut2 kau turut sama hanyut bila keluar dari dunia kau skrg ni.

Ya Allah... semoga kau memberikan kami hidayah dan kekuatan untuk bermujahadah. Amin.

No comments:

Post a Comment