Wednesday, 23 November 2016

Jom Baca Surah Al Kahfi 9

Assalamualaikum WBT

kita teruskan lagi dengan perkongsian surah Al Kahfi kita ye..

Ayat 9


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Arab :


أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

Rumi :


ʾam ḥasibta ʾanna ʾaṣḥāba l-kahfi wa-r-raqīmi kānū min ʾāyātinā ʿajaba

Terjemahan :


Adakah engkau menyangka, bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ

Apakah kamu anggap penghuni gua itu,

 وَالرَّقِيمِ

dan batu bersurat; 
Batu bersurat yang menulis kisah mereka. Atau yang menulis nama-nama mereka. Ianya adalah satu bentuk tulisan yang tahan bertahun-tahun lamanya. Boleh bertahan berkurun-kurun lamanya.

 كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

adalah benda yang menjadi tanda-tanda Allah yang menakjubkan? 
Adakah kamu rasa tidur dalam gua itu beberapa tahus itu dah ajaib dah? Padahal Allah telah cipta semua yang ada dalam dunia ini, dari tiada kepada ada, lagi menakjubkan. Penciptaan langit dan bumi lagi menakjubkan. Padahal mereka yang Allah tidurkan itu adalah makhluk yang sudah wujud, cuma Allah tidurkan sahaja mereka. Bahkan ada banyak lagi perkara lain yang menakjubkan. Allah nak ingatkan kepada kita, jangan lupa melihat keajaiban lain dalam alam ini yang Allah telah jadikan.
Muqaddimah surah ini adalah tentang tawasul. Iaitu apabila Allah menjelaskan bahawa Dia tidak mengambil anak angkat. Sebelum itu cerita tentang Allah. Yang diberitahu dalam ayat itu adalah kita kena puji Dia. Dan kemudian, diceritakan tentang Quran. Berkenaan dengan lurusnya Quran itu. Dan kemudian diberitahu bahawa tugas Nabi adalah menyampaikan berita buruk dan berita baik. Maknanya, cerita dalam surah Kahf ini adalah tentang masyarakat yang sudah bertawasul dah waktu itu. Kalau kita sekarang bertawasul pula, maka kita pun macam mereka juga sebenarnya. Jadi cerita kesalahan yang dilakukan oleh manusia itu sama sahaja pada dasarnya dari dulu sampai sekarang.
Pemuda-pemuda itu dikatakan adalah anak-anak pembesar negara. Masyarakat waktu itu memang mengikut syariat agama tapi sudah melakukan syirik dengan mengamalkan tawasul. Macam Kristian sekarang pun, mereka bertawasul dengan Nabi Isa. Atau raja negeri itu telah syirik kerana sembah berhala. Dan pemuda-pemuda itu pegang syariat bahawa Nabi Isa adalah Rasul. Maka raja yang musyrik itu telah kata kepada rakyat bahawa kalau mereka tak sembah berhala, mereka akan dibunuh. Peristiwa dalam Quran ini berlaku setelah sampai kepada pengetahuan raja bahawa pemuda-pemuda itu telah mengamalkan agama yang benar yang bertentangan dengan apa yang Raja dan orang lain amalkan. Dia suruh mereka murtad balik. Kalau mereka tidak buat syirik macam mereka juga, dia akan bunuh mereka.

No comments:

Post a Comment