Wednesday, 23 November 2016

Jom Baca Surah Al Kahfi 7

Assalamualaikum WBT..

Baiklah tanpa membuang masa kita teruskan hafalan dengan ayat seterusnya.

Sebelum ni korang dah habis tak hafalan ayat 1-6??kalau belum baik korang cepat habiskan.

Ayat 7
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Arab :


إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Rumi :


ʾinnā jaʿalnā mā ʿalā l-ʾarḍi zīnatan lahā li-nabluwahum ʾayyuhum ʾaḥsanu ʿamala

Terjemahan :


Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

Bukan nak lihat siapa boleh buat terbanyak, tapi أَحْسَنُ – yang terbaik. Molek kalau kita buat sikit sahaja ibadat, tapi dalam bentuk terbaik. Bukan buat sambil lewa sahaja. Maknanya, kita melebihkan kualiti dari kuantiti. Dan lebih baik lagi kalau kita buat banyak-banyak semampu kita.
Sesungguhnya Kami menjadikan makhluk-makhluk yang ada diatas bumi;
termasuk bumi dan segala yang ada di dalamnya. Dengan emas dan permatanya, tanamannya dan segala hasilnya. Semua itu adalah ‘makhluk’ – yang dijadikan.
Sebagai perhiasan hidup di dunia sahaja; 
Supaya kamu dapat memilikinya. Kenapakah dijadikan semua itu? Dunia ini dijadikan sebagai tempat ujian sahaja. Bukan tempat tinggal yang kekal.
Dunia ini adalah sebagai tempat ujian. Dalam ayat sebelum ini, telah disebutkan tentang materialisma. Bagaimana manusia telah dirosakkan pegangan mereka sampai mereka hanya melihat perkara material sahaja. Mereka melupakan hal dalaman. Allah hendak mengingatkan bahawa semua material yang Allah jadikan di dunia ini adalah sebagai ujian kepada kita. Mereka yang mementingkan materialisma sahaja, akan memandang betapa cantiknya dunia ini dan melupakan hal-hal akhirat. Itu bermakna mereka telah gagal dalam ujian itu. Kita boleh gunakan dunia ini, tapi jangan sampai kita lupakan akhirat.
Supaya kami dapat uji mereka siapa yang antara mereka yang terbaik amalan mereka;
Sekali lagi Allah menyebut tentang amalan. Dalam ayat kedua, Allah menyebut bahawa orang beriman itu mesti mengamalkan amalan yang soleh. Oleh itu, kita kena jaga amal ibadat kita dan pastikan bahawa amal ibadat itu adalah berdasarkan dari sumber yang sahih. Itulah amalan yang baik. Tidak berguna langsung kalau amalan itu banyak, tapi bukan diambil dari sumber dan nas yang sahih. Ianya bukan sahaja tidak membantu kita, tapi akan menjadi sebab pula untuk kita diazab di akhirat kelak. Kerana itu semua adalah amalan bidaah. Segala amalan bidaah adalah sesat. Tapi guru-guru yang tidak berilmu telah mengajar bahawa ada amalan bidaah yang dipanggil ‘bidaah hasanah’. Mereka tidak faham apakah maksud bidaah hasanah itu. Apabila mereka tidak faham, anak murid mereka pun tidak faham. Maka bercambahlah amalan-amalan bidaah dalam masyarakat yang mereka labelkan sebagai bidaah hasanah. Mereka tidak sedar bahawa bukan mereka yang sepatutnya menentukan samada ianya baik atau tidak, tapi Allah. Allah telah mengajar Nabi Muhammad tentang apakah amalan yang baik itu. Dan Nabi telah sampaikan kepada sahabat-sahabat baginda dan mereka telah sampaikan kepada kita.
Kalau kita hendak mendapatkan janji Allah supaya ditempatkan dalam syurga kekal abadi, maka hendaklah kita pastikan amalan kita itu adalah amalan yang terbaik. Itu semua akan kita dapati apabila kita belajar hadis-hadis yang sahih. 

No comments:

Post a Comment