Sunday, 27 November 2016

Perbezaan Tudung Labuh dan Tudung Biasa



Mungkin tudung biasa pun dah kira menutup aurat, tapi tudung labuh tu lebih berhati-hati (taqwa) daripada tudung biasa kot-kot ditiup angin dan sebagainya.

Saya andaikan disini tudung biasa tu adalah tudung yang tak labuh, cukup-cukup makan je tutup aurat menurut al-Quran. Tudung bungkus aurat tak termasuk penulisan saya ni sebab saya tak iktiraf tudung berkenaan sebagai menutup aurat.

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Al-A'raf: 26)

===================================

Imam Ibn Kathir menerangkan di dalam tafsirnya, bahawa Umar Al-khattab r.a pernah satu ketika di tanya oleh sahabat Ubay bin Ka'ab r.a tentang erti taqwa, lalu dijawabnya:

Ertinya: Pernahkah engkau melalui satu jalan berduri?

Jawab Ubay: Pernah

Umar: Bagaimana kamu lakukan?

Ubay: Aku sentiasa bersedia, peka dan berhati-hati dengan penuh usaha agar tidak terpijak duri.

Umar: Itulah juga sifat taqwa.


====================================

Seorang lagi sahabat, iaitu Abu Darda r.a berkata:

"Kesempurnaan taqwa itu adalah sentiasa seorang hamba itu sentiasa berjaga-jaga dengan Allah (arahan dan larangannya) walau dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekalipun, kerana takut jatuh di dalam yang haram."

Apa yang dikatakan oleh Abu Darda ini BERSUMBERKAN sebuah hadis nabi, yang ertinya :

"Tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan yang hal kecil yang mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di dalam yang ditegah Allah." (Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari dalam At-tarikh)


===================================

Ali Bin Abi Talib merumuskan ciri taqwa itu sebagai :

"Taqwa itu adalah TAKUT kepada (azab dan murka) Al-Jalil (Allah), YAKIN teguh dengan apa yang diturunkan (seluruh inti Al-Quran), REDHA dengan sedikit (nikmat dunia), SEDIA menghadapi hari pemergian kematian)."

===================================

Jadi, pada asalnya, bertudung labuh adalah ciri-ciri pakaian orang yang bertaqwa.. Namun, telah banyak diselewengkan oleh orang lain... Ada yang mencampur adukkan pakaian syuhrah, ketat sendat di leher dan sebagainya..

Allahurobbi....
Jadi, pakailah pakaian yang bertaqwa.....
InsyaAllah... Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa..

No comments:

Post a Comment